Rakyat SG harus bekerjasama bina hubungan bagi tingkatkan modal sosial negara
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Teknologi mungkin memudahkan kehidupan harian, tetapi tidak harus menjejas modal sosial atau rangkaian hubungan.
Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital Jasmin Lau menegaskan demikian dalam ucapannya di persidangan Singapore Perspectives anjuran Institut Kajian Dasar (IPS) tahun ini.
Cik Lau menyamakan modal sosial kepada apa yang disifatkan sebagai "akaun bank perhubungan bersama".
Merujuk kepada hasil kajian yang dikeluarkan minggu lalu, Cik Lau berkata ia menunjukkan lingkungan persahabatan di Singapura semakin berkurangan.
Malah ada yang berasa sukar untuk berhubungan dengan orang lain dalam masyarakat.
Maka itu, beliau menggesa warga Singapura supaya meningkatkan modal sosial negara ini.
"Ia bukan sesuatu yang Pemerintah boleh lakukan sendiri. Ia sesuatu yang semua dalam masyarakat perlu sumbangkan dan bantu untuk pertahankannya. Jadi ya, kita boleh lakukan apa yang mampu. Kita boleh membina ruang-ruang sosial. Kita boleh bina ruang-ruang masyarakat, peluang untuk berhubungan, pusat-pusat sukan.
"Namun semua orang, pada akhirnya, perlu membuat pelaburan kerana kita semua, pada satu masa, akan meraih manfaat daripadanya," kata Cik Lau.
Sedang Singapura terus membangun sebagai negara bijak, atau 'Smart Nation',
Cik Lau menegaskan bahawa ia satu gerakan digital dahulu, namun bukan sahaja digital.
Itulah jawapan beliau ketika disoal tentang cara meningkatkan modal sosial sambil memastikan suara setiap penduduk diambil kira, tidak kira latar belakang seseorang.
"Itulah caranya kami mendekati khidmat digital dalam pemerintah. Ia bukan tentang menyingkirkan unsur manusia. Ia memastikan bahawa seorang manusia itu menghabiskan masanya melakukan perkara yang benar-benar memerlukan manusia itu, dan sesuatu yang memerlukan sifat empati selalunya, adalah apa yang kita ingin manusia lakukan," kata Cik Lau.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.