Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat SG diundang kongsi pandangan bagi Belanjawan 2023

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat SG diundang kongsi pandangan bagi Belanjawan 2023

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 03 Dec 2022 04:33PM Dikemas Kini : 14 Feb 2023 11:26AM
SINGAPURA: Rakyat Singapura diundang berkongsi pandangan dan harapan mereka bagi Belanjawan 2023.

Orang ramai boleh memberikan pandangan dan saranan mereka mulai 3 Dis (Sabtu) hingga 13 Januari 2023.

Saranan-saranan itu berkisar pada tiga tema, iaitu mengharungi dunia semakin tidak menentu dan rumit, mengukuhkan kompak sosial dan membina negara berdaya tahan, menurut Kementerian Kewangan (MOF), unit maklum balas pemerintah Reach dan Persatuan Rakyat (PA) pada Sabtu (3 Dis).

Rakyat Singapura juga boleh memberi saranan-saranan mengenai tindakan yang boleh diambil untuk memastikan tempat tinggal yang lebih adil dan inklusif.

Pemerintah juga ingin mendapatkan pandangan tentang bagaimana individu, keluarga dan perniagaan boleh menyumbang kepada daya tahan Singapura dan bagaimana Pemerintah boleh membantu golongan berkenaan dalam usaha tersebut.

Orang ramai boleh kemukakan pandangan mereka melalui beberapa saluran dalam tempoh enam minggu ini iaitu laman web Belanjawan Singapura, laman web Reach dan halaman Facebook dan Instagramnya, dan platform penglibatan Persatuan Rakyat, yang merangkumi halaman media sosial, sesi penglibatan menerusi maya dan juga secara fizikal.
Sumber : CNA/KH/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan