Rakyat SG dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Bangladesh: MFA
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Munir UZ ZAMAN / AFP)
SINGAPURA: Dengan keadaan di Bangladesh masih "bergolak dan tidak menentu", rakyat Singapura dinasihatkan supaya menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting ke negara itu, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Sabtu (20 Jul).
Pemerintah Bangladesh telah menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh negara itu pada Sabtu sebagai tindak balas terhadap keganasan dan bantahan yang semakin meningkat.
Khidmat Internet, rangkaian data mudah alih dan perkhidmatan pengangkutan awam juga terganggu, tambah kementerian itu.
Perintah berkurung itu bermatlamat untuk menghentikan bantahan-bantahan yang diterajui oleh para pelajar terhadap kuota pekerjaan pemerintah yang telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 110 orang minggu ini.
Selain kematian, pertempuran ganas mencederakan beribu-ribu orang, menurut data dari hospital di seluruh Bangladesh.
Hospital Kolej Perubatan Dhaka menerima 27 mayat antara pukul 5.00 petang dan 7.00 malam pada Jumaat.
Dengan khidmat internet dan mesej teks digantung, negara Asia Selatan itu terputus hubungan dari seluruh dunia apabila polis bertindak keras ke atas bantahan yang terus diadakan walaupun terdapat larangan terhadap perhimpunan awam.
Selama lima hari, polis di Bangladesh telah melepaskan gas pemedih mata dan melontarkan bom tangan bunyi untuk menyuraikan para penunjuk perasaan sedang mereka bertempur dengan pasukan-pasukan keselamatan, membaling batu bata dan membakar kenderaan.
Bantahan dan tunjuk perasaan - yang terbesar diadakan sejak Perdana Menteri Sheikh Hasina dipilih semula untuk penggal keempat berturut-turut tahun ini - juga telah didorong oleh pengangguran yang tinggi dalam kalangan golongan muda, yang membentuk hampir seperlima daripada 170 juta penduduk di negara Asia Selatan itu.
Dengan peningkatan jumlah kematian dan polis serta pasukan keselamatan lain tidak dapat mengawal bantahan yang bertukar ganas, pemerintah pimpinan Cik Hasina menguatkuasakan perintah berkurung dan mengerahkan tentera untuk menjaga keamanan.
Pergolakan di seluruh negara tercetus menyusuli kemarahan para pelajar terhadap kuota kontroversial untuk pekerjaan dalam perkhidmatan awam, termasuk 30 peratus untuk keluarga mereka yang berjuang untuk kemerdekaan dari Pakistan.
“Rakyat Singapura di Bangladesh dinasihatkan supaya terus berwaspada, mengurangkan perjalanan keluar dari rumah mereka, memantau berita tempatan dengan teliti, dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” nasihat MFA.
Mereka juga sangat digalakkan supaya mendaftar online dengan MFA jika mereka belum berbuat demikian.
Rakyat Singapura di Bangladesh yang memerlukan bantuan konsular mestilah menghubungi Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Bangladesh melalui telefon bimbit pegawai petugas 24 jam di +880-181-955-7146 atau melalui talian +880-2-222-280- 404.
Pejabat Petugas 24 jam MFA boleh dihubungi di +65 6379 8800/6379 8855.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.