Rakyat SG dinasihat elak lakukan perjalanan ke Carikan Gaza, Tebing Barat: MFA
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rakyat Singapura dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan perjalanan ke Carikan Gaza, Tebing Barat dan sempadan Israel dengan Carikan Gaza, Lubnan dan Syria.
Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad (8 Okt).
Rakyat Singapura juga dinasihatkan supaya mengelak sebarang lawatan ke Israel disebabkan konflik yang sedang berlangsung, tambah kementerian itu dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan pada Ahad malam. Ia juga menarik perhatian tentang serangan roket antara Israel dengan Carikan Gaza.

BACA:
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata Israel sedang "berperang" dan mengarahkan kerahan tenteranya secara meluas.
Dalam nasihatnya, MFA menyatakan rakyat Singapura yang melawat atau menetap di Israel dan Wilayah Palestin harus berjaga-jaga dan memantau perkembangan tempatan dengan teliti.
Mereka dinasihatkan agar elak dari kawasan yang diketahui dengan gangguan awam atau di tempat yang di mana orang ramai berhimpun, terutama sekali di Bandar Lama dan Timur Baitul Makdis, termasuk Haram al-Sharif/Temple Mount.
Semua langkah berjaga-jaga bagi keselamatan peribadi harus diambil, termasuk membeli insurans perjalanan dan perubatan menyeluruh, tambah kementerian itu.
Rakyat Singapura juga digalakkan untuk mendaftar dengan MFA secara online supaya kementerian tersebut dapat menghubungi mereka jika perlu.
"Rakyat Singapura juga dinasihatkan agar menghubungi keluarga dan rakan anda supaya mereka tahu anda dalam keadaan selamat" tambah MFA.
Mereka yang memerlukan bantuan konsular semasa berada di Israel atau Wilayah Palestin boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Tel Aviv atau Pejabat Bertugas Kementerian Ehwal Luar (24 jam) di:
Kedutaan Singapura di Tel Aviv
Alamat: 28 HaArba’a Street
South Tower, aras 19
Tel Aviv 6473926
Israel
Tel: +972 3 7289334
Faks: +972 3 7289340
Emel: singemb_tlv [at] mfa.sg
Pejabat Bertugas MFA
Tel: +65 6379 8800/8855
Faks: +65 6476 7302
Emel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.