Rakyat SG di New York tidak dapat bertemu keluarga; perniagaan ditutup ekoran ribut salji
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan: AP Photo/Delia Thompson
SINGAPURA: Dua rakyat Singapura yang tinggal di wilayah New York berkata tidak banyak yang boleh mereka lakukan selain terus kekal terhubung dengan masyarakat sedang para penduduk mengharungi ribut salji sekarang.
Cik Lee Ting sudah menetap di Buffalo, New York selama sembilan tahun.
Beliau dan ibu bapanya yang tinggal di Singapura biasanya bertemu antara satu sama lain setiap tahun.
Namun ribut salji yang melanda New York sekarang sudah menyebabkan kesan yang serupa dengan pandemik COVID-19, menyebabkan gangguan kepada rancangan perjalanan mereka buat tiga tahun berturut-turut.
Cik Lee Ting dan keluarganya tidak dapat keluar rumah selama lima hari akibat cuaca ekstrem sekarang.
"Saya boleh bekerja dari rumah kerana terdapat khidmat telekesihatan. Saya cukup bernasib baik kerana bekerja dalam jagaan kesihatan, saya tidak perlu bertemu dengan para pesakit saya secara fizikal. Bagaimanapun, suami saya sebagai seorang cef dan restorannya perlu ditutup selama seminggu. Ini akan menjejas kami dari segi kewangan," kongsi Cik Lee Ting.
Trak makanan Cik Siti Jaliah Erman, seorang rakyat Singapura yang tinggal di Hamburg, New Yorktrak, biasanya menjual sekitar 5,000 bebola daging buatan tangan setiap hari serta pelbagai jenis hidangan Singapura seperti ayam sambal, rendang daging dan ketam cili.
Namun larangan memandu yang dikuatkuasakan sudah menyebabkan operasinya terhenti selama seminggu.
"Untuk perayaan Krismas, para pembeli telah menempah hidangan 'platter' yang sudahpun dibayar dahulu," kata Cik Jaliah.
"Tetapi saya kemudian terpaksa membatalkannya kerana saya tidak memenuhi pesanan tersebut dan keadaan juga amat berbahaya. Anda tidak dapat melihat apa-apa," kongsi Cik Jaliah.
Walaupun trak makanannya terpaksa ditutup, Cik Jaliah sebaliknya menggunakan masa tersebut untuk membincangkan tentang rancangan untuk memperluaskan perniagaannya dengan kakitangan beliau.
Cik Jaliah merancang untuk membuka semula perniagaannya pada Rabu (28 Dis).

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.