Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat SG di Korea Selatan dinasihat waspada, elak kawasan di mana berlaku tunjuk perasaan

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat SG di Korea Selatan dinasihat waspada, elak kawasan di mana berlaku tunjuk perasaan

Gambar: Philip FONG / AFP

Diterbitkan : 08 Dec 2024 01:19PM Dikemas Kini : 08 Dec 2024 01:42PM
SINGAPURA: Kedutaan Singapura di Korea Selatan menggesa rakyat Singapura untuk kekal berwaspada.

Ini sedang kedutaan itu memberi amaran mengenai kemungkinan berlakunya beberapa tunjuk perasaan di merata Seoul, selepas parlimen gagal untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol pada Sabtu (7 Dis).

Kedutaan itu telahpun mengeluarkan satu kenyataan pada Sabtu, memberi amaran mengenai bantahan lanjut yang dijangka diadakan di beberapa lokasi di Seoul.

Rakyat Singapura di Korea Selatan dinasihati supaya terus bersikap waspada, dan mengelak kawasan di mana, terdapat orang ramai dan tunjuk perasaan yang berlaku.

Ia menambah bahawa rakyat Singapura seharusnya mengikuti perkembangan berita tempatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa di sana.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan