Skip to main content

Singapura

Rakyat SG buat tokokan sukarela lebih S$6 bilion ke dalam simpanan persaraan

Rakyat Singapura semakin menunjukkan minat untuk mengembangkan simpanan persaraan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat SG buat tokokan sukarela lebih S$6 bilion ke dalam simpanan persaraan

Pemerintah Singapura menggalak golongan muda supaya merancang persaraan dengan lebih awal. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 17 Oct 2026 07:28PM
Singaporeans make more than S$6 billion in voluntary top-ups to retirement savings
  • Singaporeans are increasingly interested in growing their retirement savings, prompting the Government to encourage young people aged 20 to 34 to start planning earlier.
  • In the first three quarters of 2026, more than 370,000 people made voluntary top-ups totalling over S$6 billion, 1.5 times the amount for the same period two years earlier.
  • At the annual event organised by CPFB and MoneySense, Deputy Prime Minister Gan Kim Yong highlighted early financial habits, including setting aside emergency funds, investing for long-term goals and choosing suitable and affordable insurance.
  • Three roadshows at selected shopping malls will help visitors learn about retirement tools, supporting their financial preparations before they stop working.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Rakyat Singapura semakin menunjukkan minat untuk mengembangkan simpanan persaraan mereka.

Maka itu, pemerintah menggalak golongan muda terutamanya mereka yang berusia antara 20 hingga 34 tahun untuk berbuat demikian dengan lebih awal.

Lebih 370,000 orang membuat tokokan secara sukarela melebihi S$6 bilion ke dalam simpanan persaraan mereka pada tiga suku pertama 2026.

Jumlah tersebut adalah 1.5 kali lebih tinggi berbanding tempoh yang sama dua tahun lalu.

"Perancangan persaraan yang baik bermula dengan tabiat kewangan yang kita bangunkan sejak dahulu lagi, sebelum kita mula berhenti bekerja.

"Ini bermakna memperuntukkan wang bagi kecemasan, membuat pelaburan bagi matlamat jangka panjang, dan memilih perlindungan insurans yang memenuhi keperluan kita dan yang kita mampui," kata Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong.

Beliau berkata demikian semasa berucap di acara tahunan anjuran Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB) dan MoneySense.

Tiga pameran bergerak akan diadakan di pusat beli-belah tertentu bagi membolehkan para pengunjung belajar tentang alat persaraan yang relevan.
Sumber : CNA/AI/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita