Skip to main content

Singapura

Rakyat SG boleh mohon nama disertakan semula dalam Daftar Pengundi mulai 30 Mei

Rakyat Singapura yang tidak keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) boleh memohon supaya nama mereka disertakan semula ke dalam Daftar Pengundi bermula Jumaat (30 Mei), menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD).

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat SG boleh mohon nama disertakan semula dalam Daftar Pengundi mulai 30 Mei

Gambar fail yang menunjukkan sebuah kotak undi di Jabatan Pilihan Raya Singapura. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)

SINGAPURA: Rakyat Singapura yang tidak keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) boleh memohon supaya nama mereka disertakan semula ke dalam Daftar Pengundi bermula Jumaat (30 Mei), menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD).

Dalam satu kenyataan media, ELD menyatakan nama-nama pengundi yang layak tetapi gagal melaksanakan kewajipan semasa Pilihan Raya Umum 2025 sudah dikeluarkan daripada daftar, sebagaimana ditetapkan dalam Akta Pilihan Raya Parlimen.

Bermula Jumaat, rakyat Singapura boleh memeriksa butiran dan status pengundi masing-masing dan memohon untuk menyertakan semula nama mereka ke dalam daftar menerusi aplikasi Singpass dan di laman ELD.

Mereka juga boleh melakukan demikian di kelab masyarakat dan balai rakyat, pusat-pusat ServiceSG dan pejabat ELD.

Mereka yang ingin langsung ke pejabat ELD boleh membuat janji temu melalui laman ELD atau menghubungi talian 1800 225 5353.

Rakyat Singapura yang berada di luar negara boleh berbuat demikian di kedutaan atau konsulat luar negara yang beroperasi sebagai pusat pendaftaran luar negara.

"Kami menggalakkan bukan pengundi untuk memohon supaya nama mereka disertakan semula ke dalam Daftar Pengundi supaya mereka boleh mengundi di pilihan raya seterusnya," menurut ELD.

Undang-undang menetapkan ELD tidak boleh menyertakan semula nama mereka dari tempoh antara tarikh writ pilihan raya dikeluarkan, sehinggalah selepas Hari Penamaan Calon jika pilihan raya tidak dipertandingkan, atau sehingga Hari Mengundi jika pengundian perlu dilakukan.
Sumber : CNA/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita