Skip to main content

Singapura

Rakyat SG berusia 54 tahun ke atas ambil banyak pinjaman tapi sukar lunas hutang

Golongan dewasa berusia 54 tahun ke atas kini semakin banyak membuat pinjaman tetapi bergelut untuk membayar hutang mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 May 2025 07:27PM Dikemas Kini : 19 May 2025 08:46PM
SINGAPURA: Golongan dewasa berusia 54 tahun ke atas kini semakin banyak membuat pinjaman tetapi bergelut untuk membayar hutang mereka.

Menurut laporan terbaharu dikeluarkan Biro Kredit Singapura, berikut adalah perbandingan perangkaan antara suku keempat tahun 2024 dengan suku pertama tahun ini.

Bagi overdraf dijamin, iaitu sejenis pinjaman yang disokong oleh aset, jumlahnya meningkat daripada sekitar S$237,000 kepada lebih S$293,000iaitu kenaikan hampir 24 peratus.

Ia juga merupakan perubahan paling ketara berbanding kumpulan usia lain.

Mereka yang berusia lebih 54 juga semakin banyak mengambil pinjaman hartanah dengan peningkatan hampir 5 peratus.

Kadar kegagalan melunaskan pinjaman iaitu bayaran tertunggak melebihi 30 hari adalah sebanyak 1 peratus, tertinggi dalam kalangan semua kumpulan usia.

Selain itu, semakin ramai golongan muda mengambil pinjaman kenderaan dengan purata sekitar S$2,400 lebih tinggi, iaitu satu kenaikan kira-kira 5 peratus.

Namun, seorang penganalisis menekankan trend itu tidak membimbangkan.

"Jadi saya rasa, jika saya menjangkakan kadar inflasi lebih tinggi pada masa akan datang dan pasaran buruh menjadi lebih ketat disebabkan keprihatinan perdagangan, ia akan menjejas keupayaan saya untuk mengimport barangan dan perkhidmatan.

"Dan saya sedar, saya harus membeli beberapa barangan tertentu sekarang berbanding pada masa akan datang apabila harganya lebih tinggi.

"Jadi individu lebih berusia boleh memahami dengan mudah, bahawa lebih baik meminjam wang sekarang dan membeli barangan itu sekarang," kata Profesor Kewangan bagi Hartanah dan Ekonomi di Sekolah Perniagaan NUS, Sumit Agarwal.

Namun sentimen itu tidak disaksikan bagi kumpulan usia lain.

Laporan tersebut menunjukkan pengguna kad kredit lebih muda mengurangkan perbelanjaan sekitar 10 peratus bagi mereka yang berusia antara 21 hingga 29 tahun.

Mereka juga tidak banyak mendapatkan pinjaman wang, sekali gus mencerminkan kewaspadaan mereka di tengah-tengah naik turun ekonomi.
Sumber : CNA/NY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita