Skip to main content

Singapura

Rakyat SG berusia 21-59 tahun mula tebus S$600 baucar SG60

Anggaran Waktu Membaca:

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 22 Jul 2025 07:43PM Dikemas Kini : 22 Jul 2025 08:58PM
SINGAPURA: Rakyat Singapura berusia antara 21 hingga 59 tahun sudah mula menebus baucar SG60 mereka mulai Selasa (22 Jul).

Baucar tersebut adalah sebahagian daripada pakej SG60 yang lebih luas yang diumumkan semasa Belanjawan 2025.

Baucar bernilai S$600 itu sah digunakan sehingga hujung Disember tahun depan dan boleh digunakan di semua perniagaan yang menerima baucar CDC.

Separuh daripada baucar itu diperuntukkan bagi perbelanjaan di peniagaan dan pusat-pusat penjaja yang mengambil bahagian, manakala separuh lagi boleh digunakan di pasar raya yang mengambil bahagian.

Ini adalah fasa kedua pelancaran baucar tersebut.

Awal bulan ini, warga emas berusia 60 tahun ke atas menerima baucar SG60 bernilai S$800.

Datuk Bandar CDC Barat Daya Low Yen Ling sebelum ini menjelaskan sebab tarikh-tarikh tersebut dipisahkan.

Ia adalah untuk mengutamakan warga Singapura yang lebih tua atas sumbangan mereka kepada negara dan bagi pemerintah memperuntukkan lebih banyak sumber dalam tiga minggu pertama bulan Julai.

Dalam catatan Facebook pada Selasa, Cik Low berkata lebih S$127.6 juta sudah dibelanjakan, dengan S$76.6 juta dibelanjakan di pusat-pusat penjaja dan kedai kejiranan yang mengambil bahagian.

Lebih S$51 juta pula dibelanjakan di pasar-pasar raya yang mengambil bahagian.

Selain itu, Cik Low menambah sempena sambutan SG60, setiap rakyat Singapura yang layak akan menerima poskad yang direka khas sempena SG60, di mana ia menampilkan enam karya unik oleh tujuh karyawan dengan keupayaan berbeza.
Related article image
Poskad SG60. (Gambar: Facebook/Low Yen Ling)
Poskad itu turut mengandungi mesej peribadi daripada Perdana Menteri Lawrence Wong.

"Baucar SG60 memupuk semangat kemasyarakatan yang kukuh, dengan para individu dari setiap peringkat usia bersatu untuk membantu mereka yang perlukan bantuan untuk menebus dan membelanjakan baucar-baucar tersebut.

"Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada anda, atas usaha sukarelawan yang terdiri daripada para individu, belia dan pelajar, Duta Digital Pejabat Digital Singapura (SDO), Duta CDC dan Duta Kesejahteraan Warga Emas Infokom," kata Cik Low.

Baucar SG60 boleh digunakan di lebih 23,000 penjaja dan peniaga kawasan kejiranan yang mengambil bahagian, serta di lapan rangkaian pasar raya dengan 400 cawangan di merata negara.

Kunjungi laman go.gov.sg/sg60voucher untuk mencari cawangan yang mengambil bahagian.

Baucar SG60 juga hanya boleh ditebus melalui laman rasmi di go.gov.sg/sg60v.
Sumber : CNA/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita