Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura perlu dakap budaya, tradisi masing-masing sambil bina identiti nasional: DPM Heng

Kedwibahasaan membantu rakyat Singapura lebih menghargai asal usul budaya kita.

Anggaran Waktu Membaca:
02:15 Min
Kedwibahasaan membantu rakyat Singapura lebih menghargai asal usul budaya kita.
Diterbitkan : 09 Jul 2021 08:50PM Dikemas Kini : 09 Jul 2021 08:54PM

SINGAPURA: Kedwibahasaan membantu rakyat Singapura lebih menghargai asal usul budaya kita.

Namun Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata kita perlu juga melangkah melampaui budaya masing-masing dan membina identiti negara dan tujuan bersama.

Beliau berkata demikian ketika perbincangan mengenai kaum kian mendapat perhatian di negara ini.

DPM Heng berada di Sekolah Tinggi Dunman bagi meraikan ulang tahun ke-65 sekolah itu.

Sejak lebih empat dekad lalu, sekolah itu telah membantu pelajarnya mempelajari kedua-dua bahasa Inggeris dan Cina yang bermutu tinggi.

DPM Heng berkata mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa ibunda membantu kita meneroka lebih banyak peluang di Asia.

Bagaimanapun, beliau akur usaha menyatukan masyarakat menjadi lebih sukar kerana ia menjadi lebih pelbagai.

"Kedwibahasaan harus dilihat dari konteks nilai yang kita pegang sebagai sebuah masyarakat, tanpa mengira kaum, bahasa atau agama, kita boleh membina masyarakat yang lebih adil, tinggal bersama dengan harmoni dan maju bersama.

"Ini adalah ciri yang menonjol dalam identiti Singapura kita," kata Encik Heng.

Baru-baru ini, beberapa kes melibatkan kaum mendapat sorotan media di Singapura.

Insiden tersebut mengingatkan rakyat Singapura betapa rapuhnya keharmonian kaum yang kita nikmati selama puluhan tahun.

Encik Heng memuji bagaimana para pelajar Sekolah Tinggi Dunman menyumbang kepada usaha memperkukuh aspek berbilang budaya dan keharmonian kaum di Singapura.

Sekumpulan pelajar bergabung untuk menghasilkan sebuah paparan mesej di wadah online sebagai mengucapkan terima kasih kepada kakitangan perubatan barisan hadapan kerana kerja keras mereka.

Sebahagian yang lain pula membuat persembahan lagu dalam bahasa Tamil sebagai sumbangan kepada pekerja hijrahan.

Paparan sedemikian menyumbang kepada mengukuhkan sifat berbilang budaya dan keharmonian kaum.

Oleh itu kita, kata DPM Heng, mesti memperkasa dan menyokong golongan belia dalam perjalanan mereka kerana masa depan negara terletak di tangan mereka. 

Sumber : CNA/NF/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa