Skip to main content

Singapura

Rakyat S'pura lihat nilai ihsan dalam diri tapi anggap masyarakat suka merungut: Tinjauan

Masyarakat S'pura menyifatkan diri mereka sebagai memiliki sifat-sifat seperti humor, keihsanan dan kejujuran

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura lihat nilai ihsan dalam diri tapi anggap masyarakat suka merungut: Tinjauan

(Gambar hiasan: TODAY)

Diterbitkan : 30 Jul 2018 09:43PM Dikemas Kini : 30 Jul 2018 09:46PM

SINGAPURA: Masyarakat Singapura 'kiasu' (dialek Hokkien untuk tidak mahu kalah), 'kiasi' (terlalu takut) dan suka merungut. Itulah tanggapan para responden dalam satu tinjauan. Namun sebaliknya mereka menyifatkan diri mereka sebagai memiliki sifat-sifat seperti humor, keihsanan dan kejujuran.

Jurang antara gambaran peribadi dengan tanggapan terhadap masyarakat adalah antara dapatan Penilaian Nilai-Nilai Nasional Singapura 2018 yang didedahkan hari ini (30 Jul) oleh Institut Pengajian Dasar (IPS).

Tinjauan itu yang juga dijalankan pada 2012 dan 2015 bermatlamat mengupas apa yang dianggap rakyat Singapura sebagai nilai, kepercayaan dan tingkah laku yang paling tepat menggambarkan diri mereka di tahap peribadi, anggapan mereka tentang masyarakat Singapura dan visi mereka tentang masyarakat ideal.

Para responden mentakrif masyarakat ideal sebagai sebuah masyarakat yang mempunyai peluang-peluang pendidikan, mengambil berat ke atas golongan warga emas dan kurang berkemampuan di samping penjagaan kesihatan yang berkesan. Sifat-sifat lain sebuah masyarakat ideal adalah keprihatinan terhadap sekitaran, rasa hormat dan khidmat awam yang boleh dipercayai.

Mutu kehidupan dan peluang pekerjaan yang menjadi pilihan responden pada 2012 dan 2015 terkeluar daripada senarai tahun ini.

Hampir separuh daripada 2,000 responden juga ditinjau tentang nilai-nilai yang mereka inginkan di tempat kerja. Pengiktirafan untuk pekerja muncul sebagai satu bidang yang memerlukan paling banyak usaha. 360 responden memilih pengiktirafan untuk pekerja sebagai nilai yang diinginkan. Pengiktirafan untuk pekerja juga disenaraikan dalam dua tinjauan yang lalu.

Tinjauan penilaian nilai-nilai nasional itu dijalankan antara Mac dengan Mei tahun ini dengan menggunakan sampel yang mewakili masyarakat tempatan menurut jantina, umur, kumpulan etnik dan jenis perumahan.

Tinjauan tersebut juga dijalankan secara bersama dengan Kumpulan Rundingcara aAdvantage dan Pusat Nilai Barrett.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita