Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura kini makan lebih sihat, ambil kalori lebih rendah

Rakyat Singapura kini mengamalkan pemakanan lebih sihat serta pengambilan kalori lebih rendah secara umumnya. Demikian menurut hasil Tinjauan Pemakanan Nasional yang dikeluarkan hari ini (19 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Nov 2018 09:44PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 04:09PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura kini mengamalkan pemakanan lebih sihat serta pengambilan kalori lebih rendah secara umumnya. Demikian menurut hasil Tinjauan Pemakanan Nasional yang dikeluarkan hari ini (19 Nov).

Tahun ini, setiap rakyat tempatan secara purata mengambil kira-kira 2,470 kalori setiap hari berbanding 2,600 kalori sehari pada 2010 iaitu kali terakhir tinjauan serupa dijalankan.

Para penduduk juga semakin kurang mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat dan kini lebih cenderung memilih produk yang mengandungi bijirin penuh selain buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sekitar 80 peratus rakyat pula mengambil jumlah protein yang disarankan dan jumlah lemak 'sihat' atau lemak tidak tepu yang diambil juga meningkat.

Bagaimanapun pengambilan gula kekal tinggi meskipun ada sedikit penurunan pada jumlah gula yang diambil daripada minuman manis.

Jumlah garam yang diambil 90 peratus rakyat juga secara purata seganda lebih tinggi berbanding jumlah sepatutnya.

Namun tidak seperti usaha mengurangkan pengambilan gula, pihak berkuasa berkata cabarannya lebih besar buat garam kerana ia didapati dalam pelbagai makanan dan menawarkan pelbagai fungsi.

Mulai tahun ini, tinjauan itu akan dijalankan setiap tahun dengan laporan penuhnya diterbitkan setiap dua tahun.  

Sumber : CNA/NS/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan