Rakyat S'pura dinasihati tunda perjalanan tidak penting ke Lubnan - MFA
Kementerian Luar (MFA) menasihati rakyat Singapura supaya menangguhkan lawatan yang tidak penting ke Lubnan kerana adanya tunjuk perasaan besar-besaran yang berlaku di merata negara Timur Tengah itu.

Kementerian Luar (MFA) menasihati rakyat Singapura supaya menangguhkan lawatan yang tidak penting ke Lubnan. (Gambar: Patrick Baz/AFP)
SINGAPURA: Kementerian Luar (MFA) menasihati rakyat Singapura supaya menangguhkan lawatan yang tidak penting ke Lubnan kerana adanya tunjuk perasaan besar-besaran yang berlaku di merata negara Timur Tengah itu.
Ribuan rakyat Lubnan mengadakan tunjuk-tunjuk perasaan di jalan-jalan raya kerana membantah kenaikan cukai dan dakwaan berlakunya rasuah.
Pihak berkuasa menggunakan gas pemedih mata dan pancutan air untuk menyuraikan mereka.
MFA menyatakan hari ini (22 Okt) bahawa tunjuk-tunjuk perasaan seperti itu dijangka berlarutan, dengan daerah-daerah yang terjejas termasuklah ibu kota Beirut serta bandar-bandar Tripoli, Tyre, Saidah dan Baalbak.
Bagi rakyat Singapura yang sudah berada di Lubnan, MFA menasihati mereka supaya mengambil semua langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan diri masing-masing.
Kementerian itu menyatakan, bantahan-bantahan tersebut mungkin menyebabkan khidmat pengangkutan terganggu dan penerbangan tertangguh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.