Rakyat S'pura diajak 'nyanyi dengan satu suara' dalam koir maya NDP pertama
Rakyat Singapura boleh mengambil bahagian dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) sebagai sebahagian daripada koir maya meskipun langkah pencegahan COVID-19 yang ketat dilaksanakan bagi sambutan tahun ini.
(Gambar: Jawatankuasa NDP2020)
SINGAPURA: Rakyat Singapura boleh mengambil bahagian dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) sebagai sebahagian daripada koir maya meskipun langkah pencegahan COVID-19 yang ketat dilaksanakan bagi sambutan tahun ini.
Dalam satu kenyataan media pada Selasa (16 Jun), jawatankuasa NDP menyeru rakyat Singapura untuk menyertai gabungan suara beramai-ramai dan menghantar rakaman video nyanyian 'We Are Singapore'.
Mereka yang berminat boleh menonton video panduan menampilkan artis-artis tempatan Hossan Leong di laman web NDP dan menghantar video mereka antara 16 Jun dengan 25 Jun.
Persembahan koir maya itu akan disiarkan pada 9 Ogos sebagai sebahagian daripada acara malam, bersama filem-filem yang dihasilkan bagi perbarisan itu.
Selain menyertai koir maya NDP, rakyat Singapura boleh berkongsi kisah, ikrar, dan nyanyian semula lagu asal NDP menggunakan tanda pagar #OurHeartforSG, menjelang perayaan pada 9 Ogos, menurut pihak penganjur.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.