Rakyat S'pura di AS dinasihati berwaspada susuli keganasan di Capitol
Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Khamis (7 Jan) menasihati rakyat Singapura supaya terus berwaspada selepas bangunan Capitol di Washington diserbu oleh para penunjuk perasaan yang cuba membatalkan keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat,
SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Khamis (7 Jan) menasihati rakyat Singapura supaya terus berwaspada selepas bangunan Capitol di Washington diserbu oleh para penunjuk perasaan yang cuba membatalkan keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat bagi menyokong Presiden Donald Trump yang tewas dalam pilihan raya tersebut.
"Terdapat laporan hari ini (7 Jan) mengenai pergolakan di Washington DC, terutama sekali di sekitar bangunan Capitol serta terdapat laporan berlaku bantahan di beberapa wilayah yang lain," menurut MFA.
"Kami sedang memantau situasi itu dengan teliti dan Kedutaan Singapura di Washington DC, Konsulat Jeneral Singapura di San Francisco, dan Konsulat Singapura di New York sedang berhubungan dengan masyarakat warga Singapura di Amerika Syarikat."
MFA menambah: "Di tengah-tengah keadaan yang tidak menentu, rakyat Singapura di Amerika Syarikat dinasihatkan supaya terus berjaga-jaga, mengikuti perkembangan berita tempatan dengan teliti, dan mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan.
"Rakyat Singapura juga harus mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya bagi menjaga keselamatan diri dan mengelakkan daripada mengunjungi kawasan di mana sedang berlaku bantahan."
Pada Rabu (6 Jan), ribuan penyokong Presiden Trump menyerbu Kongres, menghentikan sementara prosiding untuk mengesahkan anggota parti Demokrat Joe Biden sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden pada November tahun lalu.
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 52 lagi individu ditangkap dalam keganasan yang berlaku itu.
Rakyat Singapura sangat digalakkan oleh MFA untuk mendaftar di laman https://eregister.mfa.gov.sg supaya mereka boleh dihubungi sekiranya keperluan timbul kelak.
Mereka yang memerlukan bantuan konsular juga boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Washington DC atau Pejabat Luar Negara MFA di Amerika Syarikat atau Pejabat Petugas MFA 24 jam di:
Kedutaan Singapura di Washington DC:
Nombor talian: +1 202 537 3100
Talian kecemasan (selepas waktu pejabat): +1 202 537 3100 ext 140, +1 202 436 4777, +1 202 412 0074
Emel: singemb_was [at] mfa.sg
Konsulat Jeneral Singapura di San Francisco:
Nombor talian: +1 415 543 4775
Talian kecemasan (selepas waktu pejabat): +1 415 290 9000
Emel: singcg_sfo [at] mfa.sg
Konsulat Singapura di New York:
Nombor talian: +1 212 223 3331
Talian kecemasan (selepas waktu pejabat): +1 917 293 4540
Emel: singcon_nyc [at] mfa.sg
Konsulat Kehormat Singapura di Miami:
Nombor talian: +1 305 858 4225
Talian kecemasan (selepas waktu pejabat): +65 6379 8000
Emel: sgreen [at] sg-miami-consulate.org
Pejabat Petugas MFA (24 jam):
Nombor talian: +65 6379 8800/8855Â
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.