Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura akan dapat lebih banyak peluang pelajari bidang reka bentuk

Rakyat tempatan akan mendapat lebih banyak peluang mempelajari tentang reka bentuk dan menggunakan kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Jul 2019 09:37PM Dikemas Kini : 03 Jul 2019 09:47PM

SINGAPURA: Rakyat tempatan akan mendapat lebih banyak peluang mempelajari tentang reka bentuk dan menggunakan kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menerima saranan-saranan Jawatankuasa Semakan Pendidikan Reka Bentuk (DERC) untuk mengukuhkan pendidikan dalam bidang itu di semua institusi pengajian tinggi negara ini.

Laporan jawatankuasa itu yang mengandungi lima saranan utama didedahkan hari ini (3 Jul).

Ia bertujuan membangunkan tenaga kerja yang boleh memacu inovasi.

"Di antara perkara-perkara yang kita lihat adalah apakah keperluan industri juru reka akan datang dan bagaimanakah harus pembentukan seorang pelajar juru reka itu diolah supaya dia bersedia untuk bekerja di masa depan," menurut Anggota DERC Encik Zahidi Abdul rahman.

Dua program perintis akan dilaksanakan.

Salah satunya dipanggil "School of X" oleh Majlis Reka Bentuk Singapura.

Ia merupakan satu siri projek yang menyatukan para karyawan untuk berusaha menyelesaikan cabaran ekonomi atau sosial dengan menggunakan reka bentuk.

Sebuah program rentas disiplin pula akan dirintis di Politeknik Singapura pada Oktober ini iaitu yang pertama seumpamanya.

Para pelajar akan bekerjasama dengan firma-firma untuk menyelesaikan isu-isu sebenar menggunakan pendekatan yang kreatif.

Dapatan dari program perintis itu akan dikongsikan bersama sekolah-sekolah lain.  

Sumber : CNA/NF/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa