Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat perlu berinovasi, bekerjasama dalam dunia tidak menentu, kata Tharman Shanmugaratnam

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Sep 2022 09:29PM Dikemas Kini : 22 Sep 2022 09:45PM
SINGAPURA: Rakyat Singapura digesa untuk berinovasi dan bekerjasama demi membina semangat optimis dalam dunia yang tidak menentu.

Berucap di satu kuliah di Universiti Pengurusan Singapura (SMU), pada Khamis (22 Sep), Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam menggariskan beberapa cara untuk mencapainya.

Ini termasuk melibatkan semua dalam perbincangan Melakar Hala Tuju Singapura.

Encik Tharman menggalakkan rakyat Singapura supaya mengurangkan penekanan pada satu-satu wadah bagi mengukur kejayaan.

Sebaliknya, mereka harus melakukan apa jua melalui kurikulum rasmi dan tidak rasmi, kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Ini demi merangsang orang ramai memikirkan dengan mendalam bagi diri mereka sendiri, tanpa menuruti apa yang dijadikan satu kebiasaan.
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan