Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat M'sia di S'pura ganding bahu kumpulkan, hantar kertas undi pos PRN Johor

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Ketika rakyat Johor mengundi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 pada Sabtu ini(12 Mac), pengundi yang bekerja dan menetap di Singapura turut akan mengundi melalui undi pos.

Justeru, sukarelawan dalam kalangan rakyat Malaysia di bawah naungan 1thirdmedia berganding bahu mengumpul kertas undi pos tersebut di sekitar Singapura untuk dihantarkan ke Johor.

Kira-kira 5,000 kertas undi pos dikumpul setakat ini.

“Dua penghantaran sudah dibuat pada 6 dan 8 Mac. Penghantaran ketiga iaitu yang terakhir akan dibuat pada 10 Mac ini,” menurut sukarelawan Farrah Diyana Mohamad Ali kepada Bernama.

Menurut Diyana, 34 tahun, lima pusat pengumpulan ditetapkan meliputi kawasan tengah, timur, barat, utara dan selatan pulau Singapura sebelum ia disatukan untuk dihantar ke Johor.

“Ia bagi memudahkan mereka yang terikat dengan waktu kerja untuk menghantar sampul kertas undi ke perkhidmatan pos di Singapura. Sekurang-kurangnya ia dapat menjimatkan masa dan kos,” kata Cik Diyana.

Untuk tiga hari pertama sejak 1 Mac, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dilaporkan sudah mengeluarkan sebanyak 36,729 kertas undi pos kepada yang layak untuk mengundi secara pos bagi PRN Johor.

Daripada jumlah itu, sebanyak 7,814 undi pos dikeluarkan bagi kategori Borang 1B iaitu warga Malaysia yang berada di luar negara.

Semua kertas undi pos perlu dikembalikan kepada Pegawai Pengurus Dewan Undangan Negeri berkaitan sebelum pukul 5.00 petang pada hari mengundi iaitu Sabtu (12 Mac).

Sementara itu, Hafeez A Jaz, 36 tahun, yang sanggup mengambil tanggungjawab untuk menghantar kertas undi tersebut pada 10 Mac berasa bangga dapat melakukan tugas itu demi negara.

"Saya tidak rasa ia sesuatu yang membebankan. Malah, ini merupakan amanah bagi menentukan hala tuju negeri Johor untuk lima tahun akan datang," kata bapa dua anak itu.

Beliau akan menggunakan Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Lengkap Divaksin (VTL) darat pada Khamis ini dan dijangka tiba di Larkin Sentral pada 1.30 petang.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan