Rakyat M'sia di SG siap sedia pulang ke tanah air untuk undi dalam PRU15
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di Singapura sedang membuat persiapan untuk pulang ke tanah air untuk mengundi dalam masa kurang tiga minggu.
Firma-firma di Singapura menzahirkan sokongan mereka untuk membenarkan pekerja rakyat Malaysia mengambil cuti untuk pulang ke negara mereka untuk mengundi, seperti merancang agar syif bekerja mereka digantikan oleh kakitangan lain.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengumumkan negara itu akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November.
Hari Penamaan calon pada Sabtu (5 Nov), dengan pengundian awal ditetapkan pada 15 November.
Sebelum tempoh kempen rasmi bermula, parti-parti politik di Malaysia sudah pun memulakan usaha untuk mendekati para pegundi.
PERJALANAN PULANG
Rakyat Malaysia membentuk jumlah terbesar pekerja hijrahan di Singapura, dengan kira-kira sejuta daripada mereka tinggal dan bekerja di Singapura pada 2020.
Beberapa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk pulang ke negeri masing-masing dan merancang jadual bertolak lebih awal untuk mengelak kesesakan trafik di koswe ataupun menempah tiket pulang melalui bas atau penerbangan pada hujung minggu tersebut. Ada segelintir juga mencari ikhtiar lain untuk pulang ke rumah setelah tiket bas habis dijual.
Cik Valerie Ng yang bekerja di sektor kewangan akan pulang ke Melaka pada November dengan menaiki bas. Perjalanan yang memakan masa empat jam.
Beliau berkata apabila tarikh Hari Mengundi diumumkan, beliau terus mendapatkan tiket bas online. Beliau berjaya mendapatkan tiket namun sejurus kemudian tiket habis dijual.
Beliau menambah bahawa mereka yang tidak dapat tiket bas harus mencari jalan lain seperti "carpooling" ataupun menyeberang koswe ke Johor Bahru sebelum menaiki bas domestik pulang ke Melaka.
SOKONGAN PARA MAJIKAN
Perniagaan di Singapura menghulurkan bantuan untuk membantu pekerja rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi.
Pengarah Eksekutif Persatuan Logistik Singapura, Eddie Lim berkata bahawa kebanyakan daripada lebih 600 firma anggota syarikat itu bersedia untuk memberikan pekerja Malaysia ambil cuti sehari untuk pulang.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.