Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat Malaysia ditangkap, dadah bernilai S$305,000 dirampas

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Malaysia ditangkap, dadah bernilai S$305,000 dirampas

Dadah termasuk 1.88 kg heroin dan 3.14 kg ganja, dirampas dalam operasi CNB yang dijalankan pada 9 September 2024. (Gambar: CNB)

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Malaysia, berusia 34 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah selepas pihak berkuasa menjumpai lebih lima kilogram dadah dianggarkan bernilai S$305,000 di dalam kereta yang dipandunya.

Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata pada Selasa (10 Sep), lelaki itu diberkas di sekitar Chin Swee Road dalam satu operasi yang dijalankan pada Isnin malam.

"Hasil pemeriksaan ke atas kereta yang dipandu suspek, pihak kami berjaya merampas kira-kira 264 gram (g) dadah jenis 'Ice', 1.88 kg heroin dan 3.14 kg ganja.

Dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh kira-kira 1,500 penagih bagi tempoh seminggu," menurut CNB lagi.

Siasatan lanjut mengenai kegiatan penyeludupan dadah suspek sedang dijalankan.

Di bawah undang-undang Singapura, mereka yang didapati bersalah menyeludup lebih 15g heroin tulen (diamorphine), 250g methamphetamine, atau 500g ganja boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
Sumber : BERITA Mediacorp/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan