Rakyat dewasa SG tunjuk prestasi lebih baik berbanding 2014: Laporan Kecekapan Dewasa
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Ranking Singapura dalam satu kajian antarabangsa berhubung literasi, kemahiran mengira dan penyelesaian masalah di kalangan golongan dewasa, sudah meningkat.
Sekitar 5,000 rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) berusia antara 16 hingga 65 tahun mengambil bahagian dalam kajian OECD itu.
Ia bertujuan untuk menilai kapasiti tenaga buruh di sini untuk menimba pengetahuan dan kemahiran baharu.
Bagi kemahiran mengira, rakyat Singapura menunjukkan prestasi yang baik dalam matematik, sains dan penyelesaian masalah.
Singapura berada di tangga ke-10 daripada 31 negara pada tahun 2022 dan 2023, berbanding dengan tangga ke-25 pada tahun 2014 dan 2015.
Ini sekali gus melangkaui purata OECD.
Sementara itu, bagi kemahiran membaca dan menulis pula, ranking Singapura juga melonjak dari tangga ke-28 daripada 39 negara pada tahun 2014 dan 2015, kepada tangga ke-18 daripada 31 negara pada tahun 2022 dan 2023.
Pun begitu, markahnya kekal di bawah purata OECD, dengan kemahiran literasi dilihat merosot seawal lewat 20-an tahun.
Menurut seorang penganalisis, ini mungkin disebabkan sekitaran Singapura yang berbilang bahasa
di mana Bahasa Inggeris yang digunakan dalam tinjauan tersebut
bukan satu-satunya bahasa yang digunakan di tempat kerja.
Antara tiga negara Asia yang mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut, Korea Selatan turut menunjukkan kemerosotan yang serupa, namun kurang ketara.
Satu-satunya negara Asia yang tidak mempunyai pengalaman yang serupa adalah Jepun.

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.