Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat berusia 40-an tahun dapat hidup lebih lama, lebih sihat

Berbanding dengan golongan-golongan yang lebih tua, rakyat Singapura yang berusia 40-an tahun lebih berpendidikan, lebih mudah mencari pekerjaan dan dapat hidup lebih lama serta sihat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2019 07:40PM Dikemas Kini : 23 Oct 2019 12:05AM

SINGAPURA: Berbanding dengan golongan-golongan yang lebih tua, rakyat Singapura yang berusia 40-an tahun lebih berpendidikan, lebih mudah mencari pekerjaan dan dapat hidup lebih lama serta sihat.

Demikian menurut tinjauan silang generasi yang dijalankan Kementerian Kewangan.

Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa kadar perkahwninan dan saiz keluarga adalah lebih kecil di kalangan golongan lebih muda.

Dalam tinjauan silang generasi yang dijalankan Kementerian Kewangan, kadar pencapaian dari sudut pendidikan meningkat rentas generasi.

Jumlah mereka yang dilahirkan pada tahun 1970-an iaitu berusia 40-an tahun sekarang memiliki pendidikan sekolah menengah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang dilahirkan pada tahun 1940 hingga 1949.

Jika dilihat lebih terperinci, jumlah mereka daripada generasi 40-an tahun yang mempunyai pendidikan universiti juga meningkat.

Ini disebabkan perubahan Singapura, daripada sebuah hab yang bergantung kepada perindustrian menjadi ekonomi berdasarkan pengetahuan.

Secara tidak langsung, ini merubah sistem pendidikan tempatan yang lebih memberi tumpuan kepada celik teknologi, inovasi dan pembangunan kemahiran.

Sehubungan dengan itu jumlah pekerja wanita turut bertambah. Hanya 61 peratus wanita yang dilahirkan antara 1950 hingga 1959 bekerja apabila mencecah usia 40-an tahun.

Jumlah itu meningkat kepada 82 peratus bagi wanita yang dilahirkan antara tahun 1970 hingga 1979.

Ia juga bermakna jumlah tabungan CPF lebih tinggi dalam Akaun Biasa (OA) dan Akaun Khas (SA). Dari segi pemilikan rumah, kadarnya tetap tinggi, lebih 75 peratus bagi semua kumpulan umur.

Bagaimanapun mereka yang lahir dalam tahun-tahun 1970-an, paling kurang memiliki rumah sendiri.

Selain itu hasil tinjauan Kementerian Kewangan turut mendedahkan bertambahnya jumlah penduduk bujang, yang menyebabkan saiz keluarga menjadi semakin kecil.

Dengan taraf sistem kesihatan semakin baik, ini bermakna rakyat tempatan akan hidup lebih lama.

Kementerian Kewangan menyatakan trend-trend itu mungkin bermakna sokongan dari anggota keluarga terdekat mungkin berkurangan dan pihaknya akan bekerjasama dengan rakan-rakan masyarakat untuk menyokong mereka yang mungkin memerlukan sokongan tambahan.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan