Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat akan terima hingga S$500, isi rumah layak dapat baucar CDC S$100 dalam langkah sokongan terbaru

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Oct 2022 04:27PM Dikemas Kini : 14 Oct 2022 08:47PM
SINGAPURA: Rakyat Singapura yang layak akan menerima wang tunai hampir S$500, manakala isi rumah yang layak akan menerima baucar CDC tambahan bernilai S$100 dalam langkah terbaru oleh pemerintah untuk membantu rakyat mengatasi inflasi dan kos sara hidup yang meningkat.

Langkah-langkah itu termasuk baucar pengangkutan awam dan subsidi diumumkan selepas kenaikan kos tambang baru-baru ini, merupakan tambahan kepada pakej S$1.5 bilion bagi isi rumah rakyat Singapura, dengan lebih banyak bantuan bagi kumpulan yang berpendapatan rendah hingga sederhana.

Di bawah pakej itu, pemerintah juga akan memperuntuk perbelanjaan sekolah untuk lebih ramai pelajar dengan meningkatkan kriteria kelayakan pendapatan bagi skim bantuan kewangan.

Pakej itu akan dibiayai oleh keuntungan "pusingan fiskal yang lebih baik daripada jangkaan" pada separuh pertama tahun kewangan 2022, kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada Jumaat (14 Okt).

"Kesan Omicron tidak begitu teruk dan lebih banyak sektor ekonomi dibuka dan ini mempercepatkan lagi pemulihan ekonomi," menurut MOF.

Kementerian itu menyatakan bahawa ia tidak akan menggunakan rizab lalu untuk pakej sokongan ini.

BAYARAN KHAS KOS SARA HIDUP

Kira-kira 2.5 juta rakyat Singapura yang layak, atau 80 peratus daripada mereka yang mempunyai pendapatan, akan mendapat manfaat daripada pemerintah bernilai hingga S$500 yang dipanggil "bayaran khas kos sara hidup".

Penerima yang layak ialah warga Singapura berumur 21 tahun ke atas pada 2023 yang mempunyai pendapatan untuk tahun taksiran 2022 sebanyak S$100,000 dan ke bawah. Mereka juga tidak harus memiliki lebih daripada satu hartanah.

Mereka yang mempunyai pendapatan taksiran kurang daripada atau sama dengan S$22,000 akan mendapat S$500. Mereka yang mempunyai pendapatan taksiran antara S$22,000 dengan S$34,000 dan antara S$34,000 dengan S$100,000 masing-masing akan mendapat S$400 dan $300.

Bayaran akan dibuat pada Disember bersama dengan Pakej Jaminan bagi bayaran tunai GST yang diumumkan dalam Belanjawan 2022. Permohonan tidak perlu dibuat.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan