Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakan subahat kes manipulasi pasaran SGX dipenjara 1 bulan, denda lebih S$12,000

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rakan subahat dalam kes manipulasi pasaran Bursa Singapura (SGX), yang melibatkan memanipulasi 126 sekuriti unik, dalam lebih 400 kesempatan dijatuhi hukuman penjara 16 bulan dan didenda S$12,105.70 pada Rabu (9 Okt).

Oon Yun Cong, 35 tahun, mengaku bersalah pada 12 Ogos atas dua pertuduhan di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan kerana menipu orang lain untuk berurus niaga dalam saham, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Khamis (10 Okt).

Satu lagi pertuduhan turut dipertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman.

Antara 30 April dengan 23 November 2020, Oon membuat kenyataan palsu sebanyak 10 kali dalam dua kumpulan sembang Telegram untuk mendorong ahli dalam kumpulan tersebut membeli saham dalam sekuriti yang dipegangnya, menurut MAS.

Kenyataan palsunya termasuk melebih-lebihkan harga jualanyang ditetapkan bagi sekuriti dan mendakwa dia telahpun membeli saham dalam sekuriti itu sedangkan dia sebenarnya belum berbuat demikian.

Dalam tempoh yang sama, Oon juga berpakat dengan rakannya, Kenneth Goh Jia Poh, 37 tahun, untuk membuat kenyataan palsu yang sama pada enam kesempatan lain dalam kumpulan sembang Telegram yang sama untuk mendorong ahli membeli saham di kaunter sekuriti di mana mereka memegang saham.

Pada Disember 2022, Goh dihukum penjara selama 19 bulan dan dikenakan denda sebanyak S$355,604.

Mahkamah diberitahu bahawa kedua-dua Oon dan Goh bekerja sebagai pedagang saham. Mereka berkenalan ketika menjalani Perkhidmatan Negara.

Kedua-duanya sering membincangkan saham, dan mengendalikans sebuah blog bersama yang memberikan analisis teknikal dan ulasan mengenai pelaburan dalam saham yang disenaraikan di Singapura.

Goh, yang juga merupakan seorang pemandu Grab ketika melakukan kesalahan, itu meraih untung sebanyak S$365,000, hasil daripada memanipulasi pasaran secara haram.

MAS menyatakan bahawa sabitan pasangan itu adalah hasil siasatan bersama MAS dan Jabatan Hal Ehwal Komersil Pasukan Polis Singapura. Siasatan itu dilakukan selepas diruju oleh Singapore Exchange Securities Trading Limited.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan