Rakan pemerintah main peranan penting sokong masyarakat memerlukan
Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah berkata rakan-rakan masyarakat kekal berperanan penting, meskipun terdapat lebih banyak sokongan pemerintah bagi masyarakat yang mudah terjejas.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah berucap di ulang tahun ke-150 Persatuan Kristian Wanita Muda (YWCA).
- Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah berkata rakan-rakan masyarakat kekal berperanan penting, meskipun terdapat lebih banyak sokongan pemerintah bagi masyarakat yang mudah terjejas.
- Sempena meraikan ulang tahunnya yang ke-150, persatuan itu melancarkan satu program baharu bagi usahawan wanita.
- Di bawah program pemacu perniagaan YWCA, wanita daripada latar belakang yang sukar seperti keluarga berpendapatan rendah akan mempunyai akses kepada peluang pementoran dan pembiayaan.
- Sasarannya bukan sahja untuk membangunkan perniagaan mereka, tetapi juga untuk meningkatkan keyakinan dan rangkaian sokongan mereka.
Rakan-rakan kerja seperti Persatuan Kristian Wanita Muda (YWCA) misalnya membantu keluarga-keluarga mencapai kestabilan, mobiliti sosial dan bersikap berdikari.
Sempena meraikan ulang tahunnya yang ke-150, persatuan itu melancarkan satu program baharu bagi usahawan wanita.
"Rakan-rakan kerja seperti YWCA menunjukkan kita bagaimana usaha melibatkan seluruh masyarakat membolehkan kita untuk membina sebuah masyarakat yang lebih kukuh dan lebih penyayang.
"Mereka memainkan peranan penting dalam ekosistem sokongan kita dengan memahami keperluan, mengerahkan kepakaran dan sumber serta menyediakan jagaan dan menyokong mereka yang memerlukannya.
"Kami mengalu-alukan lebih banyak usaha dan perkongsian seumpama itu supaya kita boleh bekerjasama untuk membina sebuah masyarakat yang lebih penyayang dan inklusif untuk semua," kata Cik Indranee.
Di bawah program pemacu perniagaan YWCA, wanita daripada latar belakang yang sukar seperti keluarga berpendapatan rendah akan mempunyai akses kepada peluang pementoran dan pembiayaan.
Kohort perintis itu akan melibatkan 22 wanita dengan program itu menyasar untuk mengumpul separuh juta dolar bagi programnya pada masa hadapan.
Sasarannya bukan sahja untuk membangunkan perniagaan mereka, tetapi juga untuk meningkatkan keyakinan dan rangkaian sokongan mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.