Rakan kongsi masyarakat main peranan penting pastikan keberkesanan program kesihatan pemerintah: Dr Janil Puthucheary
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Kesihatan Janil Puthucheary berkata rakan kongsi masyarakat memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan program-program pemerintah bagi kesihatan penduduk dan penjagaan pencegahan, seperti SG Lebih Sihat dan Sihat Menua SG.
Beliau berkata demikian semasa berucap di satu pesta kesihatan anjuran Lembaga Endowmen Hindu dan Mediacorp.
Rakan kongsi kesihatan masyarakat termasuk Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Agensi bagi Jagaan Bersepadu (AIC) dan SATA CommHealth turut serta dalam edisi pesta tahun ini.
Acara itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan dan peri pentingnya menjalani pemeriksaan perubatan secara kerap.
Sekitar 800 peserta dan 100 karyawan perubatan menjadi sukarelawan di beberapa stesen pemeriksaan.
Ini termasuk menjalankan ujian darah, kesedaran barah dan pemeriksaan kesejahteraan mental.
Pesta itu akan dijalankan selama tiga tahun lagi menyusuli pemeteraian satu memorandum persefahaman.

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.