Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakan kerja tiga pihak perkenal garis panduan pemberhentian kerja tidak wajar

Garis panduan tentang pemberhentian kerja yang tidak wajar diperkenalkan hari ini (1 Apr) oleh rakan kerja tiga pihak.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakan kerja tiga pihak perkenal garis panduan pemberhentian kerja tidak wajar

Terdapat 46,000 pekerja pembersihan di Singapura. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 01 Apr 2019 11:27PM Dikemas Kini : 01 Apr 2019 11:35PM

SINGAPURA: Garis panduan tentang pemberhentian kerja yang tidak wajar diperkenalkan hari ini (1 Apr) oleh rakan kerja tiga pihak.

Di bawah perubahan kepada Akta Pekerjaan, garis panduan itu diluaskan untuk melindungi kepentingan semua pekerja di Singapura.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Gerakan Buruh (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) menyatakan garis panduan tersebut bertujuan untuk menjelaskan kepada pihak-pihak berkepentingan seperti pengantara, majikan serta pekerja tentang apa yang betul dan salah berkenaan pemberhentian kerja.

Para pekerja boleh meminta untuk mendapatkan khidmat pengantara dengan Perikatan Tiga Pihak bagi Pengurusan Pertikaian (TADM) jika mereka rasa mereka telah diberhentikan kerja secara tidak wajar.

Namun sebelum itu, mereka perlu menyatakan sebab mengapa mereka rasa telah diberhentikan secara tidak wajar.

Ini termasuk diskriminasi dan hukuman kerana menunaikan hak mereka selaku pekerja.
Bagaimanapun, mereka hanya boleh melakukan demikian jika khidmat pengantara tidak berjaya menyelesaikan kes mereka.

Dalam pada itu, para majikan boleh memberhentikan pekerja kerana salah laku, kelakonan yang kurang baik dan atas sebab mereka tidak diperlukan lagi.

Mulai 1 April, tuntutan juga boleh diajukan kepada Tribunal Tuntutan Pekerjaan dan bukan Kementerian Tenaga Manusia. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan