Rakan industri digesa bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi pupuk generasi pelajar sepanjang hayat
SINGAPURA: Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata hubungan erat antara rakan industri dengan institusi pengajian tinggi penting dalam memupuk generasi pelajar sepanjang hayat.
Hubungan erat itu perlu kata Encik Chan kerana pemerintah dan sekolah sahaja tidak mampu melengkapi pendidik dengan kemahiran, peralatan dan pemikiran yang diperlukan.
Encik Chan berkata demikian di satu sidang anjuran Institut Pendidikan Teknikal (ITE) pada Selasa (28 Jun).
"Sokongan daripada rakan industri penting dalam memastikan lebih banyak pelatih diberi peluang untuk memiliki kemahiran relevan dan memupuk pemikiran pembelajaran sepanjang hayat," kata Encik Chan.
"Ini akan menghasilkan kurikulum lebih relevan dan pelajar yang lebih mahir menyertai tenaga kerja."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.