Rakaman audio dibenar dipasang dalam teksi, kereta sewa - LTA
Penguasa Pengangkutan Awam (LTA) sudah mengeluarkan garis panduan mengenai kamera menghadap ke dalam kenderaan-kenderaan kegunaan awam.
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Awam (LTA) sudah mengeluarkan garis panduan mengenai kamera menghadap ke dalam kenderaan-kenderaan kegunaan awam.
Garis panduan itu akan mengawal pemasangan dan penggunaan alat sedemikian.
Bas-bas akan dikecualikan daripada memasang kamera di pusat-pusat yang dibenarkan.
Bagaimanapun peraturan itu masih dikuatkuasakan ke atas teksi dan kereta sewa privet.
Rakaman audio kini dibenarkan.
LTA menjelaskan rakaman audio akan lebih berkesan bagi menyokong siasatan dalam kes-kes kelakuan yang tidak sesuai dan pertikaian berkaitan dengan tambang.
Garis panduan itu akan berkuatkuasa pada 15 Julai ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.