Rainforest Wild Asia dibuka, sasar 900,000 pengunjung pada tahun pertama
Anggaran Waktu Membaca:

Laluan masuk Rainforest Wild Asia terletak bersebelahan Bird Paradise. (Gambar: CNA/Lauren Chian)
SINGAPURA: Sekitar 8,000 pengunjung sudahpun membuat tempahan awal untuk ke taman hidupan liar Rainforest Wild Asia sehingga hujung minggu ini.
Rancangan-rancangan juga tersusun bagi menyediakan pelbagai pameran sedang taman itu menyasarkan untuk menerima 900,000 pengunjung pada tahun pertama ia beroperasi.
Taman hidupan liar itu menempatkan lebih 75 peratus spesies yang terancam pupus.
Reka bentuknya pula memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat haiwan pada jarak lebih dekat lagi dan menjadi tempat tumpuan bagi kegiatan seperti terjun kanopi setinggi 20 meter.
Turut tersedia dalam rancangan, daya tarikan tertutup untuk seisi keluarga mengalami habitat berbeza seperti di padang pasir dan lautan dalam.
Bukan itu sahaja, Mandai juga bakal membuka pusat peranginan baharunya pada bulan depan.
Menurut kumpulan Mandai, tempahan bagi pusat peranginan tersebut terus meningkat.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.