Rainbow Centre sasar kumpul S$250,000 bantu golongan kurang upaya
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Rainbow Centre)
SINGAPURA: Satu acara pengumpulan dana dianjurkan oleh pelajar kurang upaya sedang menyasar untuk mengumpul S$250,000.
Dana tersebut akan diberikan kepada pelajar kurang upaya dari keluarga berpendapatan rendah, penjaga dan penyelidik pendidikan khas.
Acara itu dianjurkan oleh agensi khidmat sosial Rainbow Centre, melalui program latihan seninya.
Tujuannya adalah untuk membangunkan kemahiran kreatif bagi peluang pekerjaan pada masa depan.
Di Rainbow Centre, sekitar 190 pelajar terlibat dalam program latihan seni tersebut.
Pusat tersebut juga sedang meraih dana melalui lelongan, lawatan dan bengkel.
Menurut pusat itu, lebih ramai orang terbuka dengan inisiatif tersebut.
Ia berharap untuk kerjasama dengan lebih banyak agensi sektor dan pemain industri.
"Ini adalah satu cara mereka meraih pendedahan melalui pameran yang dianjurkan, dengan menghasilkan karya untuk dijual, untuk mengadakan pertunjukan mereka sendiri. Jika mereka sedia, saya percaya mereka boleh menyertai latihan NAFA, atau skim
pelukis profesional, di mana mereka diberi bayaran untuk karya mereka."
Satu lagi pilihan adalah kumpulan amal, ART:DIS.
Lebih 65 peratus pelajar Rainbow Centre menyertai kumpulan tersebut, untuk meningkatkan kemahiran mereka selepas usia 18 tahun.
Tahun lalu, pertubuhan itu meraih lebih S$500,000 daripada penjualan karya seni dan barangan hasil orang kurang upaya.
Pengarah Eksekutif Angela Tan berkata, kesedaran terhadap inisiatif itu lebih tinggi disebabkan bantuan lebih besar oleh pemerintah serta tangunggjawab korporat.
Sebagai contoh, terdapat geran dan pembiayaan oleh SG Enable, sebauh agensi bagi golongan kurang upaya.
Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyatakan ia menyasar untuk meningkatkan kadar pengambilan kerja kumpulan tersebut kepada 40 peratus menjelang 2030, berbanding 32 peratus pada masa ini.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.