Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Raikan ulang tahun ke-200 negara dengan pelbagai acara dan kegiatan

Sambutan ulang tahun ke-200 Singapura moden akan diraikan tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Raikan ulang tahun ke-200 negara dengan pelbagai acara dan kegiatan

Chen Jiaxi Bernard FB

Diterbitkan : 09 Apr 2018 05:16PM Dikemas Kini : 09 Apr 2018 05:19PM

SINGAPURA: Sambutan ulang tahun ke-200 Singapura moden akan diraikan tahun depan. Acara Peringatan itu diharap membantu rakyat lebih memahami dan mengimbas lipatan sejarah negara ini.

Hampir 200 tahun sejak Sir Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Singapura - merintis jalan bagi apa yang disebut sebagai pembangunan Singapura moden. Pelbagai acara dirancang bagi memperingati ulang tahun ke-200 tahun depan, dengan memanfaatkan teknologi.

Beberapa tapak di merata negara pula akan diisytiharkan sebagai jejak sejarah. Antaranya - Telok Ayer yang menempatkan jalan-jalan raya tertua di Singapura.

Satu masa dulu ia kawasan pantai dan tapak pendaratan bagi pendatang asing ke negara ini. Projek-projek yang dirancang juga bertujuan membantu orang ramai menyusuri sejarah Singapura sebelum tahun 1819.

Pameran di Galeri Fort Canning misalnya akan memberi gambaran detik-detik penting sejarah sejak 700 tahun lalu termasuk penemuan Singapura oleh Sang Nila Utama.

Sambutan ulang tahun ke-200 Singapura moden akan bermula Januari tahun depan dengan acara-acara diadakan sepanjang tahun.

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan