Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Raih keputusan cemerlang GCE O, banduan atasi jarak 20 tahun sejak berhenti sekolah

Meskipun 'Adam' (bukan nama sebenar) tidak akan dapat merasakan kebebasan buat tiga tahun lagi, dia tidak sekadar pasrah dengan keadaannya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Meskipun 'Adam' (bukan nama sebenar) tidak akan dapat merasakan kebebasan buat tiga tahun lagi, dia tidak sekadar pasrah dengan keadaannya.

''
'Adam' bahkan mengambil kesempatan itu untuk berusaha sedaya upaya untuk meraih pencapaian yang diidamkan sepanjang tempoh hukuman penjara selama 21 tahun.

Antara usaha untuk memperbaiki dirinya adalah menanamkan usaha untuk menduduki peperiksaan GCE peringkat O pada tahun lalu.

Segala usahanya membuahkan hasil kerana dia memperolehi 2 gred 'A' dan dua gred 'B' bagi peperiksaan itu.

'

"Syukur Alhamdulillah saya gembira dengan keputusan yang saya dapat dan inilah yang saya harapkan. Saya gementar sebebanrnya tetapi selepas mendapat keputusan yang memuaskan, saya gembira dan puas hati," luah 'Adam'.

TERDORONG SELEPAS AMBIL PEPERIKSAAN GCE N

'Adam' paling bangga dengan pencapaiannya mendapat gred 'A' bagi subjek Pengajian Perniagaan dan Prinsip Perakaunan (POA).

Sudah 10 tahun sejak 'Adam' memulakan hukuman penjara atas kesalahan dadah.

Dua tahun lalu, dia memutuskan untuk menduduki peperiksaan GCE N dan berjaya meraih 14 mata, yang juga mengatasi jangkaannya.

Atas pencapaian itu juga beliau terdorong untuk meneruskan perjalanan untuk menimba ilmu dan menduduki peperiksaan peringkat GCE O tahun lalu.

Di sebalik kejayaannya, persiapan 'Adam' untuk peperiksaan juga penuh dengan rintangan.

"Persiapan dari segi pelajaran memang tidak senang, saya bekerja keras dan belajar dari pagi sampai waktu Maghrib, tidak berhenti. Banyak pengorbanan saya perlu buat."

"Sepanjang pembelajaran saya, memang tidak senang sebab kali terakhir saya berhenti sekolah adalah sekitar 20 tahun lalu, jadi apabila perlu mula belajar, ada payah sedikit. Ada juga satu waktu saya ingin putus asa tetapi saya katakan kepada diri saya saya tidak boleh putus asa dan terus berjuang," ujar 'Adam'.

'Adam' berhasrat untuk menyambung pengajiannya dan menduduki peperiksaan GCE A pada tahun ini.

Dalam jangka panjang pula, dia berharap untuk mendapatkan sekurang-kurangnya sijil sarjana muda dalam Pengajian Perniagaan.

"Jangka masa panjang adalah dengan adanya sarjana muda dalam perniagaan, saya harap dapat mendapat pekerjaan dalam syarikat antarabangsa," katanya.

38 PELAJAR BANDUAN DUDUKI PEPERKSAAN PERINGKAT GCE 'O' TAHUN LALU

'Adam' merupakan antara 38 banduan yang menduduki peperiksaan GCE O tahun lalu di sekolah penjara.

''

Menurut Jabatan Penjara Singapura (SPS), 57.9 peratus daripada mereka lulus sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran. turun sedikit berbanding 62.1 peratus pada tahun sebelumnya.

16.7 peratus daripada mereka lulus sekurang-kurangnya lima subjek dan sekitar 87 peratus daripada mereka yang menduduki peperiksaan itu lulus sekurang-kurangnya satu subjek.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan