Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rahsia panjang umur Encik Matwikarta, 102 tahun

NDP tahun ini memperingati 200 tahun ketibaan Sir Stamford Raffles ke pulau ini pada 1819. Meskipun mereka yang dilahirkan pada abad ke-19 sudah lama meninggalkan kita, wartawan kami menemui segelintir penduduk yang dilahirkan pada awal abad ke-20.

Anggaran Waktu Membaca:
Rahsia panjang umur Encik Matwikarta, 102 tahun

Encik Matwikarta (kanan), 102 tahun bersama isterinya.

Diterbitkan : 09 Aug 2019 04:55PM Dikemas Kini : 09 Aug 2019 05:09PM

SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini memperingati 200 tahun ketibaan Sir Stamford Raffles ke pulau ini pada 1819.

Meskipun mereka yang dilahirkan pada abad ke-19 sudah lama meninggalkan kita, wartawan kami menemui segelintir penduduk yang dilahirkan pada awal abad ke-20.

Perangkaan rasmi menunjukkan, setakat Jun tahun lalu, ada 1,300 penduduk di sini yang usianya sudah mencecah 100 tahun. Apakah rahsia mereka panjang umur?

"SIANG MALAM KERJA, JADI KUAT BADAN"

Salah seorang yang ditemui Mediacorp adalah Encik Matwikarta Kariyo.

Meskipun sudah berusia 102 tahun, beliau tetap giat melakukan senaman, dua kali seminggu di kelab masyarakat.

"Senaman di balai rakyat, ikut-ikut sahaja. Tidak rasa penat," kongsi Encik Matwikarta.

"Masih kuat, masa muda dulu saya kuat (bekerja) di Singapura. Itulah, kerja siang malam. Siang kerja sapu-sapu kebun. Malam jual sate, mee rebus di Padang. Siang malam kerja jadi kuat badan."

PULIH ANGIN AHMAR DALAM TEMPOH SETAHUN

Beliau kini tinggal bersama isterinya yang berusia 92 tahun dan anak tirinya, Noorlinah Mohamed.

Menurut Cik Noorlinah, doktor juga kagum dengan bapa tirinya yang masih cergas.

Encik Matwikarta pernah diserang angin ahmar yang menjejas bahagian kanan tubuhnya. Namun dalam masa setahun beliau sudah dapat bergerak seperti sedia kala.

Sedang penduduk Singapura semakin menua, seorang pakar sosiologi berkata kesihatan dan keupayaan fizikal dan mental memainkan peranan penting dalam membantu warga emas menjalani hidup bermutu.

Dalam hal Encik Matwikarta, jelas sekali beliau tetap aktif dan mendapat sokongan dari keluarga.

Menjelang 2035, 25 peratus warga Singapura dianggarkan berusia 65 tahun dan ke atas. 

Sumber : CNA/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan