Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rahsia Dua Kurun: Masjid Sultan masjid tertua Singapura?

Anggaran Waktu Membaca:
Rahsia Dua Kurun: Masjid Sultan masjid tertua Singapura?

(Gambar: Galeri Portal Pemuliharaan URA (1968) melalui SultanGate.sg/Facebook)

BERITAmediacorp: "Itu sahaja atau ada lagi yang boleh saya gali?' Terdetik fikiran bila saya mulakan kajian bagi tugasan episod DETIK KHAS sempena ulang tahun ke-200 Masjid Sultan.

Sejarah yang dinyatakan dalam buku-buku, lelaman agensi pemerintah serta maklumat disediakan pihak masjid sendiri sangat jelas.

Masjid Sultan dibina pada 1824 atas permintaan Sultan Hussein Shah daripada kerajaan Johor Riau Lingga.

Kerja-kerja binaan kemudian siap pada 1826 dan berdirilah Masjid Sultan bersebelahan kediaman Sultan Hussein, Istana Kampong Glam.

Namun adakah penemuan bahan sejarah lain mengenani pembinaannya yang belum diketahui umum?

MUNGKIN MASJID TERTUA DI SINGAPURA?

Pertemuan saya dengan Pensyarah Kanan Jabatan Seni Bina dan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura (NUS) Dr Imran Tajudeen menjawab pertanyaan ini.

"Ada beberapa dokumen yang menunjukkan dengan jelas bahawa Masjid Sultan aslinya dibina pada tahun 1819 oleh Sultan Hussein," dedah beliau.

Dr Imran menambah dokumen-dokumen dimaksudkan itu adalah kontrak pajak tanah tahun 1879, surat antara Lembaga Pengamanah Masjid Sultan dengan Lembaga Endowmen Mohammedan dan Hindu pada 1909 dan perjanjian Raffles dengan Sultan Hussein sendiri pada 1823.

"Masjid asal bentuknya ada bumbung tiga lapis yang dalam istilah bahasa Melayu dipanggil bumbung meru ataupun bumbung tumpang tiga.

"Pada tahun 1824 ditambah dengan serambi sekeliling. Tambahan 1824 itu yang selalunya dikelirukan sebagai tahun diasaskannya Masjid Sultan," jelas Dr Imran.

Penemuan ini membawa kepada soalan besar iaitu adakah Masjid Sultan merupakan masjid tertua Singapura?

Selama ini dinyatakan, Masjid Omar Kampong Melaka yang dibina pada 1820 adalah masjid tertua di Singapura.
Dr Imran menambah: "Tentu ada masjid ataupun surau kecil yang sudah wujud sebelum Raffles tiba. Bezanya Masjid Sultan adalah bangunan pertama yang dirasmikan sebagai masjid jamek di bawah naungan seorang sultan di bawah satu kesultanan dan negeri baharu iaitu negeri di Kampong Glam."

Langkah lanjutan dijangka akan dipertimbangkan dengan dokumen-dokumen baharu yang ditemui Dr Imran mengenai tarikh binaan Masjid Sultan.

Pengurus Besar Masjid Sultan Ustaz Dr Qusairy Taha berkongsi: "Tentunya mungkin ada agensi-agensi pemerintah tertentu yang ingin menilai dan juga melihat bagaimana ia dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada khalayak."

Lebih banyak kisah dan sejarah tentang Masjid Sultan yang turut saya kongsi di sini.
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan