Rahsia Dua Kurun: 4 perkara yang anda perlu tahu tentang Masjid Sultan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: MCI)
BERITAmediacorp: Tugasan saya menerbitkan rancangan DETIK KHAS sempena ulang tahun ke-200 Masjid Sultan menemukan beberapa fakta dan kisah menarik berhubung Masjid Negara tidak rasmi Singapura itu.
Satu daripadanya adalah kemungkinan Masjid Sultan merupakan masjid tertua di Singapura.

Berikut beberapa lagi fakta menarik tentang masjid tersebut.
1. MAKAM DI MASJID SULTAN
Tidak ramai mungkin tahu ada makam di Masjid Sultan apatah lagi berpeluang menziarahinya.
Saya sempat bertemu dengan Naib Pengerusi Lembaga Pengurusan Masjid Sultan Encik Md Puzi Mohd untuk mendapatkan kepastian.
Beliau berkata: "Kami tidak buka untuk orang awam sebab makam ini selalunya diziarahi oleh kaum-kaum keluarga kerabat diraja. Jadi kita ingin menghormati kaum kerabat diraja yang mungkin tidak mahu membukanya kepada lawatan awam."
Lantaran itu saya terus mencari keturunan keluarga diraja yang ada di Singapura.
Memberikan saya akses ke makam itu ialah Ketua Waris Pemangku Adat Tengku Md Shawal Tengku Abdul Aziz yang merupakan keturunan ketujuh Sultan Hussein Shah.
Beliau kemudian membawa saya masuk ke makam tersebut yang terletak di bahagian depan kawasan pengimaman.
Tengku Shawal berkongsi bahawa empat makam di situ milik Tengku Abdul Jalil ibni Sultan Hussein Shah bersama isteri Tengku Halimah binte Tengku Muhammad dan anak mereka Tengku Mariam binte Tengku Abdul Jalil serta suaminya, Tengku Alam ibni Sultan Ali Shah ibni Sultan Hussein Shah.
"Apa yang Almarhum moyang-moyang saya pernah memberikan kepada Masjid Sultan lebih kepada untuk masyarakat bukan atas keberadaan kita sendiri kerana sudah tanggungjawab kita dengan adanya istana, masjid, sumbangan dan penaungan," jelas Tengku Shawal.
Lebih menarik lagi, pada sekitar tahun 1897 bangunan Masjid Sultan masih berbentuk seperti masjid tradisional Nusantara iaitu berbumbung tiga lapis atau dalam istilah bahasa Melayunya bumbung meru atau bumbung tumpang tiga.
Pada waktu itu, empat makam berkenaan mempunyai bangunan sendiri dan bentuknya berkubah dan ada menara kecil sama seperti bagaimana Masjid Sultan kelihatan sekarang.
Penysarah Kanan Seni Bina dan Pengajian Melayu NUS Dr Imran Tajudeen percaya bentuk makam ketika itu menjadi pola yang diikuti bagi reka bentul Masjid Sultan yang ada sekarang.
2. MASJID SAKSI PELBAGAI PERISTIWA PENTING
Terletak di tengah bandar, Masjid Sultan juga menyaksikan beberapa detik penting negara.
Unit tentera Rejimen Melayu misalnya pertama kali dipersembahkan kepada orang ramai pada 1937 melalui satu perbarisan dari Panggung Victoria di Empress Street hingga ke Masjid Sultan.
Pada 1950 pula semasa rusuhan kaum akibat berlakunya kes Nadra atau Maria Hertogh, 25 perusuh bersembunyi di dalam Masjid Sultan.
Atas perbincangan dengan 'Chief Kadi' atau Imam Masjid Sultan ketika itu, anggota polis Muslim dibenarkan masuk untuk menyuraikan mereka.
"Peranan para pemimpin ini dalam membantu meredakan keadaan dan memberikan panduan jelas serta tepat agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Itu adalah antara peranan saya dapati yang berlaku di kawasan ini," kongsi Pengurus Besar Masjid Sultan Ustaz Dr Qusairy Taha.
Malah, pertemuan saya dengan Naib Pengerusi Lembaga Pengurusan Masjid Sultan Encik Md Puzi Mohd juga turut menyedarkan saya betapa besar sebenarnya peranan dimainkan Masjid Sultan semasa Perang Dunia Kedua.
Beliau berkata: "Masjid Sultan menjadi kubu sebagai perlindungan masyarakat yang tinggal di sekeliling sini. Mereka datang waktu siang hari mencari perlindungan dalam masjid daripada serangan bom tentera pihak Jepun."
Encik Puzi menekankan sejarah itu boleh dijadikan pengajaran bagaimana masjid boleh memainkan peranan melewati sebuah institusi agama sahaja.
3. HUBUNG KAIT KAWASAN SEKELILING
Disebabkan tugasan menerbitkan rancangan ini juga, saya meluangkan beberapa minggu di kawasan Kampong Gelam bersama beberapa orang yang diwawancara.
Mereka berkongsi bagaimana kawasan sekeliling Masjid Sultan turut menyumbang kepada sejarah dua kurun masjid tersebut.
Di kawasan North Bridge Road atau dahulu dikenali sebagai Jalan Condong misalnya, terletak kawasan pertanian diraja.
Pengkaji Sejarah Encik Sarafian Salleh berkongsi selepas Sir Stamford Raffles membina sebatang jalan raya iaitu North Bridge Road, secara tidak langsung ia telah membahagikan masyarakat Melayu antara kawasan pertanian diraja, Masjid Sultan dan Istana Kampong Gelam.
"Pada masa itu, ada yang mengatakan bahawa ia telah mencairkan semangat berkampung tapi bagaimanapun masyarakat Singapura ini memang ada semangat kampung yang sentiasa menyatukan kita hingga sekarang," tegas beliau.
Di seberang jalan pula, Ustaz Dr Qusairy membawa saya ke Kampong Kaji atau dikenali sebagai Bussorah Street sekarang.
Lebih tepat lagi, beliau membawa saya ke 58 Bussorah Street iaitu kedai buku Wardah Books.
"Chief Kadi Sayyid Ali bin Muhammad Sayyid Saleh iaitu imam dan kadi Masjid Sultan suatu ketika dahulu pernah tinggal di sini. Jadi di sinilah tempat pertemuan para pemimpin dan para pemikir.
"Peranan mereka itu adalah peranan yang signifikan kerana pada masa itu belum ada MUIS. Jadi Masjid Sultan menjadi seperti satu pusat petandbiran agama," kongsinya.
Ustaz Dr Qusairy turut menambah disebabkan Bussorah Street turut menjadi hab pencetakan kitab yang terunggul di rantau ini, bahan-bahan seperti cetakan Quran Singapura turut tersebar dan pada hari ini ditemui di kawasan Aceh, Jawa dan Sulawesi.
4. TRADISI LAMA
Sebagai pusat pentadbiran agama ketika itu, saya juga difahamkan bahawa Masjid Sultan mengamalkan tradisi-tradisi yang menarik.
"Sebelum tahun 1966, kita dapati beberapa imam Masjid Sultan dan 'Chief Kadi' memberikan semacam fatwa. Contohnya bilakah berlakunya awal Ramadan, bila bermulanya Syawal dan ia diisytiharkan di sini," kongsi Ustaz Dr Qusairy.
Dr Imran turut menambah atas sebab itu Masjid Sultan merupakan satu-satunya masjid di Singapura ketika itu yang mempunyai beduk besar, kantung serta meriam katak.
Menurut Dr Imran, meriam katak itu digunakan untuk menandakan bermulanya bulan Ramadan dan Syawal serta waktu berbuka puasa.
Beliau berkata: "Itu antara beberapa tradisi lama Masjid Sultan yang juga menunjukkan betapa lama dan tuanya usia masjid ini sebagai suatu institusi masyarakat dan keagamaan di Singapura."

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.