Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rahmat Ramadan: Masjid Mydin pasang panel suria dalam usaha jimat tenaga elektrik

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pelbagai kegiatan masjid kembali rancak selepas langkah-langkah pengurusan selamat COVID dilonggarkan. 

Kedatangan kembali para jemaah dialu-alukan namun di belakang tabir, para pentadbir Masjid Mydin di Kembangan mula memikirkan cara-cara untuk menyambut Ramadan dengan pendekatan yang lebih mesra alam.

"Secara keseluruhannya, pihak lembaga masjid memikirkan kos elektrik yang terlalu tinggi. Jadi ini bermula pada tahun 2019, " kata pengerusinya Encik Fadil Jaafar.

Pihak masjid ini secara bertahap-tahap menggantikan peralatan lama seperti sistem hawa dingin, kipas dan lampu yang lebih jimat tenaga.

Ia telah memanfaatkan kepakaran syarikat Enercon Asia yang menawarkan menawarkan audit tenaga percuma kepada masjid-masjid dan pertubuhan-pertubuhan Melayu/Islam setempat. 

"Kami sudah melakukan audit tenaga untuk 13 masjid. Saya melihat dari segi pembaziran, dan juga cara-cara untuk mengatasi pembaziran," kongsi Pengarah Urusan Serantau Enercon Asia, Encik Azhar Othman. 

Dalam audit tersebut, Enercon mengkaji bil elektrik masjid serta memberikan saranan-saranan tentang penjimatan yang boleh diraih.

Salah satu saranan yang diterima adalah bagi pemasangan panel-panel suria di bahagian bumbung masjid.

Pemasangan 28 panel suria dan penyesuaian ruang bumbung menelan belanja sekitar $39,000. 

"Sekarang bil elektrik Masjid Mydin adalah sekitar $1,500 sebulan. Tenaga yang dijana panel-panel suria itu dijangka dapat menyokong kira-kira 30% daripada penggunaan elektrik kita sekarang. Penjimatan boleh menjangkau sehingga $700 sebulan," jelas Anggota Lembaga Pentadbir Masjid Mydin Amran Othman.

"Panel-panel suria itu tempoh jaminan selama 25 tahun. Kita dapat meraih penjimatan jangka panjang daripada penggunaan elektrik sekitar $16,000 - $17,000, " tambah beliau. 

Satu lagi pengajaran ‘hijau’ yang ditimba Masjid ini ada kaitan dengan COVID-19. 

Dalam tempoh bila mana para jemaah tidak ke masjid, ia bingkas bertindak dengan memanfaatkan pendigitalan seperti menganjurkan kuliah-kuliah secara online menerusi Facebook dan Instagram.

Menurut Encik Fadil, pihak masjid juga mendapat dapat maklum balas positif daripada para jemaah dan mereka berharap agar separuh daripada kuliah yang bakal dianjurkan boleh diteruskan secara online selain fizikal. 

Ia sekali gus akan menyumbang kepada penjimatan tenaga elektrik. 

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan