Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rahimah Rais, Zaithon S Abdul Kader pemenang Anugerah Kejururawatan Tan Chin Tuan 2022

Seramai 10 Jururawat Berdaftar daripada institusi awam dan privet diikitraf dengan Anugerah Kejururawatan Tan Chin Tuan pada Isnin (21 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seramai 10 Jururawat Berdaftar daripada institusi awam dan privet diikitraf dengan Anugerah Kejururawatan Tan Chin Tuan pada Isnin (21 Nov).

Edisi ke-16 majlis itu mengiktiraf sumbangan dan kecemerlangan 10 jururawat tahun ini, enam daripada mereka merupakan jururawat Melayu.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.

"Mereka benar-benar bersemangat kepada tugas mereka, sentiasa mencari jalan untuk menambah baik kerja mereka, sentiasa belajar untuk hari esok dan membuat perubahan kepada kehidupan para pesakit mereka. Mereka juga mewakili sumbangan lebih besar dan membangkitkan sikap tujuan tenaga kerja para jururawat berdaftar." kata Encik Ong.

JADI JURURAWAT DI SEKOLAH

Antara penerima anugerah tahun ini ialah, Cik Zaithon S Abdul Kader, 55 tahun. 

Biasanya para jururawat ditugaskan di hospital atau klinik.

Tetapi selama hampir dua dekad, Cik Zaithon, seorang Ketua Jururawat Berdaftar,  bergerak dari sekolah ke sekolah.

Belia sudah menjalankan ribuan pemeriksaan kesihatan, memberi kaunseling, dan juga vaksinasi. 

Sewaktu cuti sekolah sekarang ini, khidmatnya diteruskan di Pusat Kesihatan Pelajar di  Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).

"Saya tidak pernah menyesal dengan keputusan saya. Kejururawatan adalah kerja yang dihormati dan memberi kepuasan kepada diri saya kerana saya sedar saya telah membantu pelajar-pelajar di Singapura membesar dengan sihat," kata Cik Zaithon, yang sudah bertugas dalam bidang kejururawatan selama 35 tahun.

Sebelum berpindah ke HPB, Cik Zaithon berkhidmat di Hospital Besar Singapura (SGH) selama 16 tahun 

Cik Zaithon juga bangga kerana anaknya sulungnya turut mengikut jejaknya dalam bidang jagaan kesihatan dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

Cik Zaithon juga dalam kalangan wira barisan hadapan yang terlibat dalam usaha memerangi COVID-19.

"Saya dengan rela hati melangkah ke hadapan untuk menyokong latihan vaksinasi COVID-19 kepada para pelajar Singapura. Saya juga dikerah di Ekspo untuk menjaga pesakit-pesakit COVID-19. Saya juga ada kemahiran bidang 'phlebotomist' untuk menyokong masyarakat bila semasa kecemasan," tambahnya.

USAHAKAN INISIATIF BANTU PESAKIT, JURURAWAT LAIN

Seorang lagi penerima anugerah tahun ini ialah Ketua Jururawat Berdaftar Cik Rahimah Mohamed Rais, 37 tahun.

Daya prihatin dan sikap untuk sentiasa memberikan khidmat yang terbaik juga sebati dalam jiwanya sejak dari dulu lagi.

Cik Rahimah terlibat dalam penubuhan Unit Pengurusan Sakit, Akupuntur dan Rawatan di Hospital Besar Sengkang pada 2017.

Di situlah juga beliau merintis sebuah inisiatif yang membantu  meringankan beban pesakit.

"Ia telah banyak membantu pesakit-pesakit saya supaya mereka dapat jimat dalam harga konsultasi dan juga menjimatkan masa. Saya pun dapat mengenali pesakit-pesakit saya lebih baik," jelas Cik Rahimah, yang pernah bertugas di wad-wad pernafasan dan klinik pesakit luar di SGH sebelum ini.

Sejak dimulakan pada Februari tahun ini, sekitar 35 pesakitnya sudahpun memanfaatkan khidmat tersebut.

Beliau berharap ia dapat diluaskan ke bahagian-bahagian lain di hospital itu dan hospital-hospital lain di Singapura, untuk membantu para petugas jagaan kesihatan.

"Saya sentiasa ingin memperbaiki k dan menjadikan perkara lebih mudah. Sasaran utama saya ialah untuk mengurangkan tugas jururawat. Dan saya juga mahu memastikan kami semua dilengkapi dengan pengetahuan dan terus belajar," kata Cik Rahimah, ibu dua orang cahaya mata.

LIMA JURURAWAT MELAYU MENANG ANUGERAH MERIT

Cik Zaithon dan Cik Rahimah masing-masing membawa pulang pingat emas dan hadiah wang bernilai S$3,000 dan S$2,500.

Penerima anugerah utama adalah Jururawat Berdaftar Kanan dari Hospital Tan Tock Seng, Cik Anna Goh, yang membawa pulang S$3,000 beserta pingat emas.

Tujuh jururawat yang lain menerima Anugerah Merit dan membawa pulang sijil serta wang S$800. Lima daripada mereka juga adalah jururawat Melayu. 

Penghargaan tertinggi yang diterima mereka ini menjadi pembakar semangat untuk terus berjuang dan menjadi inspirasi kepada para jururawat yang lain.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan