Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rahayu Mahzam: Luaskan rangkaian dan modal sosial kini jadi lebih penting bagi pekerja

Meluaskan rangkaian dan modal sosial menjadi lebih penting lagi dalam landskap ekonomi masa kini, kerana ia memberi kelebihan kepada para pekerja.

Anggaran Waktu Membaca:


SINGAPURA: Meluaskan rangkaian dan modal sosial menjadi lebih penting lagi dalam landskap ekonomi masa kini, kerana ia memberi kelebihan kepada para pekerja.

Demikian tekan Anggota Parlimen GRC Jurong Rahayu Mahzam selepas bertemu lebih 100 peserta sesi membina rangkaian kerja di acara pameran kerjaya "Kemahiran Bagi Kerjaya Masa Depan".

Acara anjuran BERITAmediacorp dan Mendaki SENSE itu berlangsung di Marina Bay Sands siang tadi (27 Jul).

Peluang pekerjaan, mobiliti kerjaya, peningkatan dan penjenamaan diri antara topik-topik hangat yang dibincangkan para hadirin sesi menjalin rangkaian kerja di acara pesta kerjaya dan kemahiran "Skills for Future Jobs".

Para peserta berpeluang mendapatkan pelbagai petua dan nasihat oleh pakar-pakar daripada pelbagai industri.

Turut hadir memberi sokongan adalah Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam.

"Memang kita tahu tentang kadar pengangguran yang semakin meningkat tetapi pada masa yang sama, ada banyak pekerjaan di luar sana," kata Cik Rahayu.

"Jadi saya rasa itu menandakan mungkin ada ‘mismatch’ (jurang) - mungkin ada yang mahukan pekerjaan dalam sesuatu bidang tetapi sebenarnya pembangunan atau kadar pekerjaan yang sedia ada menjurus kepada sektor-sektor yang lain," tambah beliau yang turut menekankan pentingnya acara seperti yang diadakan hari ini diadakan untuk mengurangkan jurang yang ada.

Selain sesi rangkaian kerja, para pengunjung juga dapat menyertai bengkel-bengkel dan khidmat nasihat untuk menajamkan kemahiran menulis keterangan diri bagi permohonan pekerjaan, atau CV.

Ini disambut baik para pengunjung pesta tersebut. Ada yang mendapat pandangan lebih luas tentang landskap pekerjaan. Ada pula yang gembira kerana dapat maklum balas bagi CV yang sudah mereka siapkan.

Mengulas tentang inisiatif ini, Penerbit Kanan Berita dan Ehwal Semasa Cik Murni Mohd Yussoff berkata: "Kami di BERITAmediacorp faham bahawa isu pekerjaan menjadi keprihatinan masyarakat dalam ekonomi yang tidak menentu dan perlahan ini.

"Oleh itu kami bekerjasama dengan Mendaki SENSE untuk membawakan lowongan-lowongan pekerjaan kursus-kursus peningkatan diri jadi sesuatu yang masyarakat boleh lihat."

Lebih 750 peluang pekerjaan dan latihan kemahiran ditawarkan bagi para pengunjung ke acara tersebut. 

Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan