Rahayu kongsi resipi sihat di Instagram sepanjang Ramadan
Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Jadual Setiausaha Kanan Kesihatan merangkap Undang-undang, Rahayu Mahzam setiap hari biasanya padat,
Jadi apabila ada peluang untuk masuk dapur, ibu kepada seorang anak ini akan memilih masakan yang mudah disiapkan dan lebih sihat.
Pada Ramadan tahun lalu, beliau melancarkan #Rahayumasak di akaun Instagram beliau dan memuat naik satu resipi baru pada setiap hari.
Beliau kembali dengan lebih banyak resipi baru dalam bulan Ramadan ini.
"Saya ini suka melihat video-video orang memasak, saya suka makan. Dan apabila saya fikirkan, kita harus cuba galakkan orang ramai untuk menjadi lebih sihat dengan cara yang mungkin tidak terlalu memberatkan.
"Saya lakukan ini secara peribadi, dan sendiri kerana ia merupakan eksperimentasi saya sendiri sebab saya tidak pasti adakah ini sebenarnya akan dapat menjana perubahan sikap yang meluas dan orang akan terpanggil untuk benar-benar melakukan sesuatu yang mengubah gaya hidup mereka," kata Cik Rahayu.
Beliau berkongsi pelbagai resipi termasuk milik ibunya tetapi disesuaikan agar lebih sihat.
"Ibu saya jadi tempat rujukkan saya kerana sebenarnya saya tidak pandai memasak. Tetapi kalau saya ambil resipi bulat-bulat daripadanya, beliau lebih disiplin 'Baik ini kena masukkan, kalau tak, tak sedap, ini tak sedap.' Tapi bagi saya kalau banyak sangat bahan itu, sudah susah sangat. Kalau tidak boleh saya yang lakukan, orang lain mungkin tidak akan buat ataupun cuba. Saya akan ubah sedikit.
Menurut Cik Rahayu lagi, resipi yang dikongsi menggunakan bahan-bahan yang biasanya sedia ada.
Malah, beliau memastikan baki bahan-bahan yang digunakan dalam resipi-resipi yang lalu tidak bazir.
"Saya fikirkan bagaimana untuk gunakan bahan-bahan yang telah saya beli untuk mungkin resipi yang lain. Jadi saya boleh sekali gunakan untuk resipi-resipi tertentu. Jadi itu yang menjadi panduan saya lah.
"Kalau saya sudah beli mi, masak mi berapa banyak kali. Ataupun beli daging, masak lauk yang berkenaan dengan daging. Itu yang saya lakukan untuk memudahkan hal itu untuk diri saya," ujar beliau.
Selain mengurangkan kandungan lemak dan kalori, Cik Rahayu juga cuba gunakan bahan-bahan yang lebih berkhasiat.
Cik Rahayu berkata teruja kerana ramai yang mencuba resipi yang beliau kongsi dan memberikan maklum balas yang positif.
"Saya tidak mengharapkan atau sangka orang akan mencuba resipi saya tetapi ada juga yang mencuba. Jadi sebenarnya saya terperanjat juga pada awalnya. Dan tahun ini, lebih lagi yang komen dan mereka katakan - Ini yang saya lakukan, saya lakukan di rumah. Jadi itu yang saya rasa menggalakkan saya lah. Komen-komen cukup menggalakkan."

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.