Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rafflesia Dental Surgery tidak lagi di bawah CHAS atas salah laku 'teruk' pematuhan

Sebuah klinik gigi di Sultan Plaza akan dikeluarkan daripada Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) atas salah laku "teruk" pematuhan, dedah Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (25 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Rafflesia Dental Surgery tidak lagi di bawah CHAS atas salah laku 'teruk' pematuhan

Klinik Rafflesia Dental Surgery di Sultan Plaza. (Gambar: Rafflesia Dental Surgery)

Diterbitkan : 25 Aug 2021 05:24PM Dikemas Kini : 25 Aug 2021 05:26PM

SINGAPURA: Sebuah klinik gigi di Sultan Plaza akan dikeluarkan daripada Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) atas salah laku "teruk" pematuhan, dedah Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (25 Ogos).

Audit ke atas Rafflesia Dental Surgery hujung tahun lalu mendedahkan beberapa tuntutan subsidi CHAS yang tidak betul, tanpa dokumentasi sewajarnya. Kementerian itu juga menemui tuntutan-tuntutan melebihi had subsidi. Ia lebih tinggi berbanding yang tertera di resit-resitnya.

MOH mengeluarkan notis yang memaklumkan rancangannya untuk menutup klinik berkenaan pada 5 Ogos berkuat kuasa 28 Ogos.

"Dikeluarkan daripada CHAS bermakna Rafflesia Dental Surgery tidak lagi dibenarkan membuat tuntutan subsidi CHAS bagi pihak pesakit," menurut kementerian itu.

"Para pesakit yang terjejas sebaliknya boleh pergi ke klinik gigi lain yang berdekatan yang memiliki pentauliahan CHAS.

Kes tersebut sudahpun dirujuk kepada polis bagi siasatan lanjut.

CHAS membolehkan semua rakyat Singapura, termasuk pemegang kad Generasi Perintis dan Generasi Merdeka untuk menerima subsidi-subsidi bagi jagaan perubatan dan pergigian di klinik-klinik perubatan umum dan pergigian yang menyertai skim itu.

MOH menyatakan ia menggalak para pesakit supaya aktif menghubungi doktor dan doktor gigi mereka jika ada sebarang pertanyaan tentang bil-bil mereka. Para pesakit juga boleh memeriksa tuntutan subsidi CHAS yang dibuat bagi pihak mereka di laman CHAS atau dengan menelefon 1800 275 2427.

Mereka yang mengesan tuntutan meragukan atau ganjil boleh menghubungi MOH di 1800 225 4122 atau menghantar maklum balas mereka kepada MOH_QSM [at] moh.gov.sg.

Kementerian itu mengingatkan para karyawan jagaan kesihatan untuk menjunjung piawaian profesionalisme yang tinggi dan mematuhi garis panduan mengikut etika.

Ia menambah: “MOH memandang serius amalan menyalahi peraturan sebegitu dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan penguatkuasaan apabila perlu, termasuk merujuk karyawan jagaan kesihatan yang melakukan kesalahan kepada lembaga kekaryawanan masing-masing." 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan