Raeesah Khan tidak perlu arahan Pritam Singh untuk cakap benar, kata peguam bela
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Pada Rabu (16 Okt), iaitu hari ketiga perbicaraan kes pemimpin Parti Pekerja (WP) Pritam Singh yang dituduh berbohong kepada Parlimen, peguamnya mencabar mantan anggota WP Raeesah Khan, yang membayangkan bahawa Cik Raeesah tidak memerlukan arahan Encik Pritam untuk cakap benar.
Peguam Encik Pritam, Andre Jumabhoy, memohon untuk mendakwa Cik Raeesah sebelum akhir perbicaraan pada Selasa, menunjukkan "perbezaan" antara kenyataan polis Cik Raeesah pada 12 Mei 2022, dan keterangannya di mahkamah pada Isnin (14 Okt).
Encik Jumabhoy menyoal Cik Raeesah tentang perbezaan tersebut di mahkamah pada Rabu (16 Okt).
Perkara yang dipertikaikan melibatkan emel yang dihantar Encik Pritam kepada semua Anggota Parlimen WP yang bersidang pada 1 Okt 2021, mengenai protokol Parlimen.
Dalam emel itu, Encik Pritam telah menekankan kepentingan untuk menyokong dan mempertahankan apa yang diperkatakan oleh seseorang di Parlimen, atau berisiko dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP).
Dalam keterangan mahkamahnya, Cik Raeesah berkata bahawa beliau dan Encik Pritam tidak membincangkan emel tersebut semasa mesyuarat pada 3 Okt 2021 - sehari sebelum sidang Parlimen pada 4 Okt 2021.
Menurut Cik Raeesah, Encik Pritam berkata: "Saya tidak fikir isu itu akan timbul". Tetapi jika isu itu timbul, Encik Pritam berkata beliau tidak akan "menghakimi saya kerana meneruskan naratif tersebut", tambahnya.
Dalam kenyataan polisnya, Cik Raeesah berkata Encik Pritam merujuk kepada emel protokol Parlimen dan berkata bahawa "anda tahu, mereka mungkin mahu membangkitkannya semula", merujuk kepada pembohongannya.
Apabila ditanya sama ada terdapat perbezaan antara kedua-dua keterangan itu, Cik Raeesah bersetuju. Bagaimanapun beliau menjelaskan: "Bagi saya ia mengatakan perkara yang sama dengan cara yang berbeza."
Encik Jumabhoy kemudian mencadangkan kepada Cik Raeesah bahawa Encik Pritam merujuk kepada padah yang serius dalam emelnya.
"Sebaliknya anda kini mengatakan bahawa tiada padah yang harus ditanggung untuk meneruskan naratif tersebut. Ini tidak masuk akal," kata Encik Jumabhoy.
"Sangat tidak masuk akal, sebenarnya."
Cik Raeesah tidak bersetuju dengan hujah tersebut, dengan menegaskan bahawa Encik Pritam telah memberitahunya untuk "meneruskan naratif (pembohongan)".
Namun Encik Jumabhoy berhujah: "Sekiranya beliau mengatakan dua perkara yang bercanggah - satu perkara tentang menunjukkan anda emel (dan) bercakap tentang padah serius manakala satu lagi perkara memberitahu anda bahawa anda tidak akan dihakimi... Sesiapa sahaja yang munasabah akan berkata 'apa sebenarnya yang anda katakan ini?"
Dalam keadaan seakan-akan tidak percaya, Cik Raeesah menjawab: "Sesiapa sahaja yang munasabah akan menyoal mengapa beliau tidak meminta lebih banyak persiapan dibuat jika beliau mahu saya tampil untuk bercakap benar."
Selepas Encik Pritam memberitahunya untuk meneruskan naratif itu, dan bahawa beliau tidak akan menghakiminya, beliau "biarkan begitu sahaja", kata Cik Raeesah.
Encik Pritam, 48 tahun, mencabar dua tuduhan di bawah Akta Parlimen (Hak Istimewa, Kekebalan dan Kuasa).
Beliau dituduh membuat dua pembohongan di hadapan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen pada 10 disember dan 15 Disember 2021, berhubung pembohongan yang pertama kali dibuat oleh Cik Raeesah di Parlimen pada 3 Ogos 2021.
Cik Raeesah telah berbohong tentang menemani seorang mangsa rogol ke balai polis, di mana seorang pegawai polis didakwa membuat komen mengenai pakaian wanita itu dan pengambilan alkohol.

BACA:
RAEESAH TIDAK PERLU ARAHAN UNTUK BERBOHONG: PEMBELA
Cik Raeesah berkata beliau harus membuat persiapan untuk cakap benar sekiranya Encik Pritam memberitahunya untuk berbuat demikian pada 3 Oktober 2021.
"Sekiranya beliau berkata sesuatu yang berbeza, jika beliau telah mengatakan: 'Anda sudah lihat emel saya, anda nampak akan padahnya, apabila ia dibangkitkan lagi, naik ke sana dan cakap yang benar, dan inilah cara kita akan membuat persiapan," kata beliau dalam keterangannya.
Encik Jumabhoy berhujah bahawa Cik Raeesah bukanlah Anggota Parlimen (AP) baharu yang memerlukan arahan untuk bercakap benar.
Pada 3 Oktober 2021, Cik Raeesah telah berada di Parlimen selama lebih 13 bulan, kata Encik Jumabhoy.
"Jadi ia bukan tentang ini bukan kali pertama bagi diri anda," tambah Encik Jumabhoy.
"Dan anda tahu kan, yang betul dari yang salah?" tanya Encik Jumabhoy, dengan Cik Raeesah menjawab "ya".
Beliau menambah bahawa Cik Raeesah tidak memerlukan arahan untuk berbohong kepada rakan-rakannya, dan kepada Encik Pritam.
"Jadi, anda nampaknya, menurut anda, perlukan arahan untuk cakap benar?" soal beliau.
Sebagai memberi respons, Cik Raeesah berkata: "Disebabkan saya sudah membuat kesilapan, saya mahukan nasihat. Saya mahu mendapatkan nasihat ketua-ketua saya.
"Anda kata ini bukan kali pertama saya di Parlimen tetapi ini yang pertama bagi saya berbanding pemimpin yang sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun, jadi apabila saya sudah melakukan kesilapan, saya pergi ke ketua saya dan bertanya mereka apa yang harus saya lakukan kerana saya takut saya sudah buat kesilapan ini."
Encik Jumabhoy kemudian berkata: "Anda tidak memerlukan arahan untuk bercakap benar, bukan?... Anda seorang wanita 27 tahun pada waktu itu. Anda beritahu kami anda tahu yang betul dari yang salah."
"Ya," jawab Cik Raeesah.
Encik Jumabhoy dan Cik Raeesah saling bercanggah pendapat tentang sama ada Cik Raeesah merasakan nasihat yang diberikan Encik Pritam tentang tidak menghakiminya untuk meneruskan naratifnya adalah samar.
Encik Jumabhoy berhujah bahawa Cik Raeesah merasakan kenyataan itu samar, tetapi tidak meminta penjelasan daripada Encik Pritam tentang apa yang dimaksudkan. Namun Cik Raeesah berkata kenyataan itu tidak samar kepadanya.
Meneruskan soalannya, Encik Jumabhoy menekankan bahawa pada 4 Oktober 2021, Cik Raeesah mengirim pesanan teks kepada Encik Pritam tentang apa yang harus dilakukannya.
Ini apabila beliau disoal oleh Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam untuk menyediakan butiran lanjut tentang ucapannya di Parlimen.
Encik Jumabhoy berkata sekiranya Encik Pritam memberitahunya apa yang harus dilakukan, beliau "tidak mempunyai sebab" untuk menghantar kiriman teks itu.
Cik Raeesah membalas: "Saya masih mahukan jaminan pada waktu itu dan saya mahu memastikan beliau masih merasakan yang sama seperti malam sebelumnya."
Perbicaraan itu diteruskan dengan pihak pembela memeriksa balas Cik Raeesah.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.