Skip to main content

Singapura

Raeesah Khan tidak patut berkongsi kisah 'tidak benar' di Parlimen: Pritam Singh

Anggota Parlimen diberi kebebasan bersuara di bawah Akta Parlimen namun ia tidak boleh digunakan untuk menyuarakan sesuatu yang tidak benar walaupun motifnya tidak berniat jahat.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Nov 2021 08:30PM Dikemas Kini : 01 Nov 2021 09:05PM

SINGAPURA: Anggota Parlimen diberi kebebasan bersuara di bawah Akta Parlimen namun ia tidak boleh digunakan untuk menyuarakan sesuatu yang tidak benar walaupun motifnya tidak berniat jahat.

Ketua Parti Pekerja (WP) Pritam Singh berkata demikian pada Isnin (1 Nov) sebagai menjawab kenyataan anggota parti itu Raeesah Khan bahawa beliau telah berbohong di Parlimen.

Menulis di Facebook Parti Pekerja, Encik Singh berkata Cik Raeesah tidak sepatutnya berkongsi dalam Parlimen kenyataan yang mengandungi sesuatu yang tidak benar.

Encik Singh berkata Cik Raeesah telah memberitahu beliau mengenai hasratnya hendak mengatakan hal yang sebenar di Parlimen dan meminta maaf kepada pelbagai pihak.

Menurut Encik Singh, ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (AWARE) yang sebelum ini menyokong keputusan Cik Raeesah untuk tidak berkongsi butiran insiden serangan seksual itu bersama pihak berkuasa, kini menyatakan "rasa terkejut dan hampa" terhadap kenyataannya dalam catatan Facebook pada Isnin.

Di bawah Akta Parlimen (Hak Istimewa, Kekebalan dan Kuasa), Parlimen boleh mengambil tindakan berikut ke atas Anggota Parlimen yang dirujuk ke Jawatankuasa Hak Istimewa.

- Dihukum penjara atau digantung menjadi AP sehingga akhir tempoh di Parlimen
- Didenda tidak lebih S$50,000
- Ditegur
- Digantung hak istimewa dan kekebalan sebagai AP dalam prosiding sivil.   

Sumber : CNA/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita