Skip to main content

Singapura

Raeesah Khan letak jawatan daripada Parti Pekerja, sekali gus sebagai AP

Parti Pekerja (WP) pada Selasa (30 Nov) mengumumkan bahawa Raeesah Khan meletak jawatan daripada parti itu, sekali gus jawatan sebagai Anggota Parlimen.

Anggaran Waktu Membaca:
Raeesah Khan letak jawatan daripada Parti Pekerja, sekali gus sebagai AP

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 30 Nov 2021 11:30PM Dikemas Kini : 30 Nov 2021 11:55PM

SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) pada Selasa (30 Nov) mengumumkan bahawa Raeesah Khan meletak jawatan daripada parti itu, sekali gus jawatan sebagai Anggota Parlimen.

Kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook parti itu adalah seperti berikut:

Parti Pekerja ingin mengumumkan bahawa Cik Raeesah Khan telah meletak jawatan daripada Parti Pekerja, yang bermakna beliau juga meletak jawatan sebagai seorang Anggota Parlimen.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Pekerja mengadakan mesyuarat pada pukul 8.00 malam pada 30 November untuk berbincang dan memutuskan saranan Jawatankuasa Disiplin yang dibentuk pada 2 November bagi menyiasat pengakuan Cik Khan di Parlimen.

Pada pukul 4.30 petang tadi pada 30 November, Cik Khan memberitahu Encik Singh tentang hasratnya untuk meletak jawatan daripada Parti. Beliau menghadiri mesyuarat CEC pada pukul 8.00 malam dan meluahkan hasratnya untuk meletak jawatan secara bertemu muka.

Parti Pekerja akan mengadakan sidang media pada Khamis, 2 Disember untuk memberi lebih butiran mengenai perkara ini dan berkongsi rancangannya bagi memastikan penduduk Sengkang, khususnya di kawasan undi Compassvale, terus dijaga dan diwakili.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita