Skip to main content

Singapura

Quah Ting Wen kini atlet Sukan SEA SG dengan paling banyak pingat, atasi rekod 62 pingat sebelum ini

Anggaran Waktu Membaca:
Quah Ting Wen kini atlet Sukan SEA SG dengan paling banyak pingat, atasi rekod 62 pingat sebelum ini
Perenang SG Quah Ting Wen. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)
Diterbitkan : 13 Dec 2025 09:39PM Dikemas Kini : 13 Dec 2025 10:27PM
BANGKOK: Perenang Singapura Quah Ting Wen mencipta sejarah pada Sabtu (13 Dis) apabila beliau menjadi atlet Sukan SEA Singapura yang memenangi paling banyak pingat.

Quah memenangi acara 100m gaya kupu-kupu wanita, mendahului kakaknya Jing Wen, menjadikan jumlah pingat Sukan SEA yang dimenangi kini sebanyak 63.

Beliau sekali gus memecah rekod yang dicatatkan oleh perenang legenda, Joscelin Yeo, yang memenangi 62 pingat.

Atlet renang berusia 33 tahun itu membuat penampilan sulungnya dalam Sukan SEA pada 2005, dan ini merupakan penampilan beliau yang ke-10 di temasya sukan dwitahunan itu.

Beliau sudah memenangi tiga pingat dalam edisi Sukan SEA kali ini iaitu satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa.

Dalam satu catatan Facebook, Singapore Aquatics (SAQ) menyatakan perjalanan Quah "ditentukan oleh keberanian, jangka hayat yang panjang, ketahanan, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan."

"Pencapaian yang luar biasa, dan bukti yang kuat terhadap konsistensi di peringkat tertinggi," kata SAQ.

"Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memberi penghormatan kepada Joscelin Yeo, yang rekodnya tersergam indah selama bertahun-tahun dan memberi inspirasi kepada generasi perenang selepasnya.

"Dari seorang perintis ke seorang perintis yang lain, penyerahan obor ini mencerminkan kedalaman, legasi dan kekuatan renang Singapura yang berkekalan."
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita