Qariah SG Widadul Wahidah Mahamod dinobat naib johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa Ke-62
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Petikan dari YouTube siaran langsung RTM1)
KUALA LUMPUR: Qariah Singapura Ustazah Widadul Wahidah Mahamod berjaya meraih tempat kedua bagi kategori qariah dalam Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62.
Ini merupakan penyertaan kedua bagi Ustazah Widadul Wahidah dan juga pencapaian terbesar beliau dalam MTHQA. Pada 2018, beliau meraih tempat ketiga dalam pertandingan yang sama.
Majlis yang berlangsung selama enam hari itu bermula pada 19 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan melibatkan 36 peserta dari 30 buah negara yang berjaya melepasi pusingan saringan.
Majlis yang berlangsung selama enam hari itu bermula pada 19 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan melibatkan 36 peserta dari 30 buah negara yang berjaya melepasi pusingan saringan.
Turut mewakili Singapura, Qari Ustaz Muhammad Sadid Abdul Latif, berjaya menduduki tempat kelima bagi kategori qari dalam pertandingan MTHQA itu.
Ini adalah penyertaan ketiga bagi Ustaz Muhammad Sadid dalam pertandingan tersebut.
Berikut adalah senarai pemenang lima tempat teratas bagi kategori Qari:
Johan: Mohamed Sameer Mohamed Magahed dari Bahrain dengan markah 93.33%

Naib Johan: Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dari Malaysia dengan markah 88.83%
Tempat Ketiga: Muhammad Rizqon dari Indonesia dengan markah 88.34%
Tempat Keempat: Sabah Khalaf Ali dari Iraq dengan markah 88.01%
Tempat Kelima: Muhammad Sadid Bin Abdul Latif dari Singapura dengan markah 87.16%
Berikut adalah senarai pemenang lima tempat teratas bagi kategori Qariah:
Johan: Sofizah Mousin dari Malaysia dengan markah 89.66%
Johan: Sofizah Mousin dari Malaysia dengan markah 89.66%
Naib Juara: Ustazah Widadul Wahidah Mahamod dari Singapura dengan markah 87.50%
Tempat Ketiga: Yuni Wulandari Hasim dari Indonesia dengan markah 87.49%
Tempat Keempat: Dayangku Siti Ummi Syazana Pangiran Haji Marjuki dari Brunei dengan markah 84.83%
Tempat Kelima: Maryam Hashemi dari Afghanistan dengan 82.33%
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.