Skip to main content

Singapura

Putera William tiba di Singapura untuk anugerah tahunan Earthshot, yang pertama diadakan di Asia

Anggaran Waktu Membaca:
Putera William tiba di Singapura untuk anugerah tahunan Earthshot, yang pertama diadakan di Asia

(Gambar: Photo: CNA/Marcus Mark Ramos)

SINGAPURA: Orang ramai berkumpul di Jewel Lapangan Terbang Changi petang Ahad (5 Nov), untuk melihat Putera William dari Britain, yang berada di Singapura selama empat hari buat lawatan kerja.

Mereka mengelilingi laluan pejalan kaki air terjun Vortex untuk menyambut kedatangan beliau.

Putera William, yang berada di Singapura buat kali pertama dalam masa lebih sedekad, berhenti untuk berbual-bual dengan mereka yang hadir.

Ada juga yang berkesempatan bergambar dengannya.

Dalam lawatannya ke Singapura ini, Putera William akan menghadiri majlis Anugerah Hadiah Earthshot, yang diasaskannya.

Hadiah itu mengiktiraf dan membiayai inovasi yang membantu melindungi dan memulihkan planet ini.

Putera William juga akan bertemu dengan para pemimpin Singapura kelak.

Lawatan terakhirnya ke Singapura adalah pada tahun 2012.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita