Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Putera Mahkota Brunei mengadakan pertemuan dengan PM Lee

Putera Mahkota Brunei Al-Muhtadee Billah yang sedang melakukan lawatan ke Singapura, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (31 Okt) dan kemudian diraikan dalam majlis jamuan tengah hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Oct 2018 07:36PM Dikemas Kini : 31 Oct 2018 09:41PM

SINGAPURA: Putera Mahkota Brunei Al-Muhtadee Billah yang sedang melakukan lawatan ke Singapura, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (31 Okt) dan kemudian diraikan dalam majlis jamuan tengah hari.

Beliau juga melawat Universiti Teknologi dan Reka bentuk (SUTD)
Putera Mahkota Brunei berada di Singapura bersempena Program Pemimpin Muda Singapura-Brunei ke enam, yang diadakan setiap tahun.

Ia bertujuan memberi peluang kepada para pemimpin kedua-dua negara mengukuhkan hubungan yang ada dan meneroka bidang kerjasama baru.

Semasa lawatannya, beliau turut bertemu beberapa orang pemimpin termasuk Presiden Halimah Yacob dan menghadiri taklimat mengenai kerja Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan.

Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah akan berada di Singapura sehingga Ahad ini (4 Nov).

Sumber : CNA/SS/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan