Skip to main content

Singapura

Putera Mahkota Brunei lawati Batalion UAV RSAF

Putera Mahkota Brunei Al-Muhtadee Billah mengadakan lawatan ke Batalion Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) pagi Selasa (30 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Oct 2018 07:30PM Dikemas Kini : 30 Oct 2018 11:49PM

SINGAPURA: Putera Mahkota Brunei Al-Muhtadee Billah mengadakan lawatan ke Batalion Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) pagi Selasa (30 Okt).

Beliau berada di sini bagi Program Pemimpin Muda Singapura-Brunei yang diadakan setiap tahun.

Lawatan beliau mengesahkan lagi hubungan pertahanan yang baik antara kedua-dua negara.

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen bertemu dengan Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah di Batalion UAV, di mana beliau diberikan taklimat tentang kemampuan batalion itu.

Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah berpeluang menyertai sendiri operasi di Stesen Kawalan dan juga mengemudikan UAV melalui sebuah simulator.

Semasa lawatan itu, beliau turut menghadiri jamuan tengah hari bersama Dr Ng.

Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah berada di Singapura sehingga Ahad ini.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita